Bayi Berusia 7 Bulan Berhenti Bernafas Selepas Mengambil Ubat Selsema.

17/07/2017 – Hanya ibu bapa yang akan faham berapa susahnya hati jika menguruskan anak kecil yang demam, batuk dan selsema. Walaupun ia bukanlah penyakit serius, namun ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan tidak senang hati dalam merawat anak.

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak kecil mereka tidak dapat bernafas dan mengalami kesukaran untuk tidur jika hidung tersumbat dan batuk. Sebagai ibubapa pelbagai cara yang akan mereka lakukan untuk menyembuhkan penyakit anak secepat mungkin.

Kebanyakkan ibu bapa akan mengambil ubat di klinik atau hospital untuk menghilangkan demam, selsema dan batuk anak kecil mereka. Sebenarnya ibubapa tidak perlu risau atau memberikan sebarang ubat terutamanya untuk anak yang umur kurang daripada 2 tahun. Kerana ubat ubatan ini menyebabkan bayi bawah umur dua tahun berhenti bernafas (APNEA).

Beberapa doktor pakar telah berkongsi pengalaman mereka menguruskan kes kanak-kanak kecil menghenti bernafas kerana ubat selsema di Root of Science.

“Suatu hari ketika saya bertugas, datang seorang bapa ke ‘red zone’ membawa anaknya yang sudah terkulai layu. Waktu itu kelihatan kanak-kanak yang berusia 7 bulan itu sekejap bernafas dan sekejap berhenti bernafas sehingga 30 saat lamanya. Ketika dia berhenti bernafas, kelihatan muka kanak-kanak itu bertukar sedikit demi sedikit kebiru-biruan.

“Ini disebabkan oksigen dalam badan berkurangan dan karbon dioksida menjadi semakin tinggi menyebabkan darah yang warna merah cerah bertukar menjadi sedikit gelap. Warna darah yang gelap disebabkan membawa karbon dioksida itu diterjemahkan pada muka bayi yang berwarna kebiruan. Kami pun memberikan bantuan pernafasan kepada bayi itu tadi supaya kandungan oksigen dalam badannya meningkat.

“Kawan saya Dr Azril pun bertanyakan beberapa soalan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Bapa itu pun menceritakan yang anaknya sudah 2 hari selsema dan dia telah pergi ke klinik pada hari itu untuk mendapatkan ubat selsema.

“Doktor locum yang bertugas disitu memberikan satu jenis ubat untuk diberikan pada anaknya. Dr Azril pun meminta nama ubat itu. Bapa itu tak ingat nama ubat tetapi ada menangkap gambar botol ubat itu. Dr Azril pun melihat gambar itu dan mendapati ubat yang diberikan adalah CHLORPINERAMINE. Ini merupakan salah satu ubat selsema dibawah kumpulan anti histamine yang selalu diberikan kepada orang ramai. Tetapi ianya suatu larangan untuk diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur dua tahun.

“IV line (saluran tiub) dimasukkan ke dalam salur darah bayi itu untuk mengambil sedikit sample darah. Disebabkan bayi tersebut tidak boleh bernafas dengan sendirinya, tiub pernafasan perlu dimasukkan ke dalam saluran pernafasan agar bantuan pernafasan dapat diberikan menerusi ‘ventilation mechine’. Prosedur ini dinamakan sebagai ‘intubation’.

“Keputusan full blood count menunjukkan bayi berkemungkinan tidak mempunyai sebarang jangkitan kuman yang serius. Begitu juga X-ray, ianya adalah normal. Satu ujian darah untuk mengesan tahap chlorphineramine iaitu ubat selsema yang diambil oleh bayi tersebut dihantar ke makmal. Sambil menunggu keputusan tersebut, kanak-kanak itu diadmitkan dalam ICU untuk rawatan yang selanjutnya. Semasa di dalam ICU, keputusan darah menunjukkan tahap Chlorphineramine yang berada dalam darah bayi sedikit tinggi daripada tahap normal.

“Daripada keputusan darah itu, pakar menyatakan diagnosis pesakit tersebut sebagai RESPIRATORY DEPRESSION SEC TO ANTI HISTAMINE (CHLORPHINERAMINE). Pendek kata kanak-kanak itu berhenti bernafas disebabkan ubat selsema yang diambilnya,” jelasnya.

Ubat selsema chlorphineramine. Chlorpheniramine merupakan salah satu ubat dibawah kumpulan anti histamine. Ketika mana jangkitan kuman berlaku pada bahagian dalam hidung, sel darah putih pun akan berkumpul di tempat tersebut dan merembeskan satu compound bernama histamine.

Histamine inilah yang akan mengembangkan saluran darah supaya sel darah putih dapat lebih banyak pergi ke tempat yang ada jangkitan kuman. Disamping itu, perkembangan saluran darah ini juga akan menyebabkan lagi banyak rembesan mucous yang berlaku dan akhirnya selsema pun berlaku.

Ubat antihistamine pula akan blok fungsi histamine supaya saluran darah tidak berkembang dan penghasilan mucous akan menjadi berkurangan. Tetapi salah satu kelemahan anti histamine yang terdahulu(1st generation antihistamine) , ia boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.

Akhirnya akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan chlorphineramine merupakan salah satu first generation anti histamine. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *