Bayi kembar dilahirkan oleh Ibu yang sudah meninggal dunia

Satu keajaiban telah berlaku di Brazil apabila seorang ibu yang telah meninggal dunia melahirkan bayi kembar.  Ibu yang bernama Frankielen da Silva Zampoli Padilha itu dikatakan sedang mengandung tujuh bulan sewaktu meninggal dunia.

Menurut Dailymail, doktor di hospital itu berusaha menjaga dengan baik bayi dalam kandungan Frankielen meskipun Frankeilen telah meninggal dunia akibat serangan strok. Doktor dan paramedik berusaha memastikan badan Frankielen tetap hidup meskipun dia sudah tidak bernyawa.

Melalui usaha doktor itu, tepat jam 1 petang, bayi kembar Frankielen selamat dilahirkan melalui pembedahan.  Bayi kembar itu diberi nama Asaph dan Anna, dan mempunyai berat sebanyak 1.3 kg dan 1.4 kg.  Selepas dilahirkan, bayi itu telah dibawa pulang dan dijaga oleh neneknya.

Ayah kepada bayi kembar itu, Muriel Padilha menjelaskan tindakan doktor itu adalah satu anugerah dan keajaiban.  Manakala, doktor yang merawat Frankielen, Dr Dalton Rivabeam menyatakan pihaknya menggunakan teknologi ultrasound.

“Oleh sebab anak dalam kandungan wanita yang tidak bernyawa masih boleh dikekalkan dan dijaga.”

Semetara itu, kes seperti itu juga pernah terjadi di Portugal, yang berbeza hanyalah bayi dalam kandungan itu dikeluarkan sewaktu berusa 107 hari.

Kelahiran Asaph dan Anna boleh dikira bayi yang paling lama berada dalam kandungan ibu yang sudah meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *