Bengang Duit Kutu Lewat Bayar, Bila Ke Rumahnya Aku Tergamam

17/07/2017 – Secara umumnya, ramai yang mahukan kehidupan yang mewah dan tidak perlu risau tentang tiada duit untuk diberikan pada keluarga. Tiada siapa yang mahukan kehidupan yang susah dan tidak mampu untuk memberikan keselesaan pada anak-anak dan isteri.

Tetapi, realiti tidak semua orang mampu hidup mewah dan terdapat ramai keluarga yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan. Sebagai manusia kita bersyukurlah hidup kita masih memiliki kenderaan untuk bergerak, dan tempat tinggal yang selesa.

Kisah yang dikongsikan oleh wanita ini diharap dapat dijadikan sebagai pengajaran. Jangan terlalu bersangka buruk pada orang, berbuat baiklah sesama manusia pasti ada ganjarannya.

Wanita ini seorang peniaga online dan menguruskan kutu secara online. Selama dua tahun lebih menguruskan kutu online ini merupakan kes pertama yang betul-betul menginsafkan hatinya. Kisahnya apabila seorang wanita yang bernama Noor telah menyertai kutu online.

Tujuan dia masuk kutu ini disebabkan menyimpan duit membeli kereta. Tetapi Noor agak susah untuk bank in duit kerana tiada kenderaan untuk pergi bank. Sudah lima hari Noor lewat bayar wanita ini ambil keputusan untuk mengambil duit di rumah Noor sendiri.

“Kebetulan aku nak ke Seremban. Aku rasa lebih baik aku ke rumah dia ambil duit. Aku cakap dalam pukul 4 sampai Seremban dan Noor pun pun send location rumahnya. Dalam setengah jam nak sampai aku whatsapp Noor cakap sudah nak sampai dan Noor balas ‘nanti boleh tak bawa noor pergi bank. Nak keluarkan duit itu. Duit itu dalam akaun’

“Disebabkan rasa seperti dipermainkan sampai perlu hantar dan ambil dia aku marah Noor ‘Noor kau ini macam-macam hal la, itu ini. Itu ini. Pening lah akak’. Aku masih keras hati rasa dia ini macam nak mainkan aku. Pukul 6 baru aku ke rumah dia berpusing cari rumah dia ikut maps tapi tak jumpa bila telefon dia mati. 20 minit berpusing, aku fikir nak balik dan sudah jalan keluar dari taman itu. Noor telefon dan aku marah dia, lepas itu dia bagi maps rumah dia.

“Sampai rumah dia terus bertukar semua perasaan aku pada dia. Terus sayu nak ambil duit dari dia pun aku tak sampai hati. Anak kecil 4 orang dan dhaif sangat pakaian mereka. Anak dia berkerumun di kereta aku, air mineral aku dah minum separuh tapi anak dia cuit nak ambil. Rumah dia dalam semak samun patut aku tak jumpa guna maps. Rumah belakang rumah orang, kecil, kiri kanan depan rumah semak samun. Nak masuk kereta pun tak boleh tak ada laluan. Dan kebetulan suami dia ada, suami dia jalan kaki balik dari bank. Aku betul rasa berdosa.

“Pertama kali tengok orang susah depan mata. Sebelum ini tengok di TV saja. Mereka ini muda lagi mungkin kahwin awal agaknya. Anak kecil lagi rapat-rapat umurnya. Suami saja kerja, Noor pula kerja ambil upah kemas rumah orang. Kalau ada orang panggil, dia pergi bawa 2 orang anak kecil sekali.

“Sampai sekarang aku tak sudah whatsapp dia tanya itu dan ini. Katanya, bulan puasa ini ada orang ajak dia buat kuih raya. Rezeki anak-anak, rezeki nak raya. Niat aku, hujung minggu nanti aku nak ke sana lagi. Dengan adik beradik aku. Hantarkan makanan untuk ank-anak dia.

“Pada orang Seremban. Kalau ada upah-upah cuci baju, kemas rumah, boleh lah panggil Noor ini. Aku tahu orang Malaysia ini semua jenis suka bantu membantu. Semoga ada sinar untuk mereka sekeluarga,” tulisnya. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *