Berita Kematian bintang terkenal Jet Li sebenarnya adalah Palsu

Bagi peminat filem Mandarin, anda pasti tidak asing dengan nama Jet Li.   Jet Li adalah pelakon filem, produser filem, dan juga martial artist yang lahir di Beijing, China. Kemampuannya berlakon serta memiliki badan yang gagah serta wajah yang kacak membuatkan ramai orang tergila-gila kepadanya.

Namun, baru-baru ini satu berita kurang senang mengenai pelakon lagenda ini telah tersebar dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan kebenaran berita itu.

Berita itu mengatakan Jet Li kini sedang sakit dan memerlukan rawatan jangka panjang yang menyebabkan dia menderita penyakit jantung bermasalah.

Tambahan lagi, ada yang menyatakan Jet Li menjalani sisa hidupnya di atas kerusi roda.  Berita itu telah tersebar sejak Jet Li di diagnosismenghidap penyakit hipertirod pada tahun 2003. Malah, baru-baru ini timbul berita mengatakan pelakon Shaolin Tample itu telah meninggal dunia.

Namun Jet Li telah menepis khabar angin itu dan mengesahkan yang dirinya sihat. Melalui akhbar Singapura, The Straits Times, Jet Li menyatakan, “Tiada apa yang perlu dirisaukan tentang kesihatan saya.”

Berita kematian Jet Li bukan baru-baru ini sahaja diperkatakan tetapi ia telah tersebar sejak dahulu lagi.  Tetapi yang pastinya, Jet Li masih lagi hidup meskipun keadaannya tidak sebaik dahulu.

Di dalam gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan Jet Li tidak segagah seperti kemunculannya dalam filem-filem dahulu.  Jet Li kelihatan sudah berusia dengan kedutan mula kelihatan di mukanya.

Jet Li merupaka pelakon aksi sejak dari tahun 1982 dan telah berlakon dalam banyak filem aksi seperti Shaolin Tample, Hero, Fist of Legend serta siri One Upon a Time in China. Jet Li kini menetap dan menjadi warganegara Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *