Berita kematian Mr Bean dijadikan alat untuk sebarkan virus

BERITA palsu kematian tentang pelawak terkenal Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean kini tersebar luas dalam laman sosial.

Maklumat salah itu mendakwa, Mr Bean meninggal dunia dalam satu kejadian kemalangan di Los Angeles dan dikongsi dalam laman sosial Facebook serta Twitter.

Namun berita itu yang didakwa disebarkan oleh Fox News, merupakan maklumat palsu yang mempunyai kaitan dengan laman web scam yang boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.

Jika anda melihat berita itu dikongsi pada akaun anda, jangan klik kerana ia boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.

Virus berkenaan akan mendakwa komputer anda telah disekat dan perlu memasukkan beberapa nombor bagi memulihkan keadaan.

Malah satu nombor akan disediakan untuk memudahkan anda meminta bantuan menerusi panggilan telefon.

Pakar laman web palsu, Hoax Slayer menasihati orang ramai agar tidak menghubungi nombor tersebut.

“Pihak penjenayah siber akan cuba mendapatkan nombor kredit kad anda sebagai upah membaiki komputer anda.

“Selain itu, mereka juga akan cuba memperdaya anda memasang beberapa perisian yang boleh menyebabkan fail sulit kompter anda dicuri,” jelas Hoax Slayer.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *