Cara orang Jepun Hilangkan Masalah Perut Buncit Dalam Masa 2 minit

13/07/2017 – Memiliki perut rata adalah menjadi idaman semua orang. Sayangnya tak semua orang dapat memiliki perut rata, kebanyakkan orang tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai perut buncit.

Perut besar atau buncit bisa disebabkan lemak yang ada di perut atau otot perut. Ada yang telah berusaha melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan perut rata. Melakukan diet rendah kalori dan bersenam tetapi masih lagi perut tidak rata. Ada yang lebih ekstrim membuat membedahan sedut lemak.

Orang Jepun mempunyai cara unik untuk menghilangkan masalah perut buncit dan latihan ini mengambil masa hanya 2 minit sehari.

Ryosuke meletakkan nama latihan tersebut sebagai diet penafasan. Teknik ini mengambil kedudukan yang tertentu, mengambil nafas selama tiga saat, dan kemudian pelepasan nafas yang kuat selama tujuh saat.

Kebanyakan doktor di Eropah menyokong penggunaan senaman pernafasan untuk penurunan berat badan dan menerangkan keberkesanannya seperti berikut: lemak terdiri daripada oksigen, karbon, dan hidrogen.

Apabila oksigen yang kita sedut dalam mencapai sel-sel lemak, ia berpecah akan ke dalam komponen (karbon dan air). Oleh itu, oksigen dalam badan kita menggunakan lebih banyak lemak yang kita bakar

Pertama, melakukan senaman setiap hari untuk 2-10 minit.

Kedua, berdiri dan tolak satu kaki ke hadapan dan kebelakang. Tak kisahlah mana-mana kaki pun boleh.

Ketiga, kemudian anda perlu tegangkan punggung dan pindahkan berat badan anda ke kaki belakang anda.

Keempat, mula dengan tarik nafas perlahan-lahan selama 3 saat, mengangkat tangan anda di atas kepala anda.

Kelima, kemudian menghembus nafas dengan kuat selama 7 saat, meneran otot semua badan anda dan yang paling penting anda kena kosisten.

Menurut pakar, teknik ini akan menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *