Dah Tua-tua Tapi Terlupa Adab Ketika Di Rumah Orang

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Alhamdulillah dah masuk separuh bulan Syawal iaitu bulan meraikan kemenangan selepas menjalankan ibadah puasa. Orang kata kita raya sebulan dan dalam bulan ni ramailah yang sibuk menganjurkan rumah terbuka. Masa ini harus digunakan untuk mengeratkan hubungan kawan-kawan kat bandar pulakan.

Tapi kadang-kadang kita buat-buat lupa bahawa datang rumah terbuka ni bukan sekadar suka-suka nak makan jer.

Sebenarnya ada adab dan juga etika yang harus kita jaga supaya niat untuk menghadiri rumah terbuka memberi pahala kepada kita. Maha bukanlah pakar sangat cuma sekadar berkongsi daripada pemerhatian terhadap orang-orang kita sekarang bila datang rumah terbuka.

Pertama sekali bila nak datang rumah terbuka ini niat kita kena betul. Bila nak datang rumah terbuka pasti niat untuk mengeratkan silatulrahim. Bukan datang untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Jadi guna platform rumah terbuka ini untuk menjanlinkan kasih sayang sesama kita.

Pekara kedua adalah menjaga adab ketika makan kerana kita kadang macam hantu bila nampak makan banyak kat rumah terbukan ni betul tak.

Adab Sebelum Makan

1) Jangan mencela/mengutuk makanan yang hendak kita makan.

Walaupun makan itu tidak sedap atau tidak elok tapi sebaiknya kita bersyukur dan tinggalkan sahaja makanan itu jika tidak mahu dimakan.

2) Mencuci tangan sebelum makan.

Kebersihan sangat-sangat ditekankan dalam proses makan kerana bahan makanan yang bersih masak dalam perut akan menjadi darah daging kita.

3) Membaca Basmalah dan juga doa makan.

Ikut kepercayaan masing-masing ini menandakan kita bersyukur dengan makanan yang kita terima.

Adab Semasa Makan

1) Makan menggunakan tangan kanan.

Walaupun tuan rumah sediakan sudu atau garfu kita digalakkan menggunakan tangan kanan. Menurut kajian makan menggunakan tangan kanan sangat bagus untuk membantu proses pencernaan makanan kerana hujugn jari tangan kanan mengeluarkan enzim pencernaan lebih banyak.

2) Tidak bersandar ketika makan dan makan sambil duduk.

Adalah lebih sopan kalau makan sambil duduk dengan tertib dan tidak bejalan-jalan ketika makan.

3) Utamakan makanan yang dekat dahulu.

Kalau kita makan dalam satu hidangan pastikan kita ambil makanan yang berhampiran dengan kita dahulu dan kalau nak ambil makanan angkat pinggan kita untuk ambil makanan yang jauh sikit.

4) Makan dalam keadaan yang senyap.

Maksudnya makan tidak mengeluarkan bunyi yang kurang selesa kepada kawan-kawan yang berada berhampiran anda. Lebih jelas lagi apabila kunyah pastikan perlahan-lahan dan tidak berbunyi.

Adab Selepas Makan

1) Kutip makanan yang terjatuh dari pinggan anda dan pastikan keadaan tempat makan bersih selepas makan. Jangan lah lepas makan tinggalkan tulang atau sisa makanan atas meja.

2) Sentiasa bersyukur selepas makan dengan berdoa atau memuji makanan yang sedap.

3) Cuci tangan sehingga bersih selepas makan agar tiada sisa makanan dan bau yang melekat pada tangan.
Tu baru adab masa nak makan adab untuk menghadiri rumah terbuka juga kita kena jaga. Ini bukanlah undang-undang untuk menyusahkan kita tapi ia untuk membuatkan sambutan itu lebih nampak mulia dan bersopan-santun. Kitakan orang Timur banyak budaya yang baik yang orang luar respek kita.

Saya senaraikan beberapa adab yang boleh diikuti ketika hadir rumah terbuka :-

1) Buat anda yang datang rumah terbuka jangan duduk terlalu lama hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad. Cukup sekadar dapat menjamu selera, betegur sapa dan bertanya khabar dengan tuan rumah dan kawan-kawan yang ada.

2) Patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh tuan rumah. Kalau boleh datang awal atau tepat masanya, ini akan memudahkan tuan rumah meyediakan makanan dan memastikan tetamu dapat tempat duduk.

3) Datanglah dengan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata untuk menghormati tuan rumah dan juga majlis yang dianjurkan oleh tuan rumah.

4) Paling penting menjaga akhlak dan juga tingkah laku ketika berada di rumah terbuka. Ini penting kerana kadang-kadang tetamu datang beborak terlalu kuat, ketawa sehingga menganggu tetamu lain.

5) Ingat datang rumah terbuka untuk beramah mesra dan mengerat silatulrahin bukan untuk mengadap handphone sahaja. So kalau boleh simpan dulu handphone tu dan berborak dengan tuan rumah atau rakan-rakan yang ada masa tu.

6) Lagi satu yang selalu berlaku bila berada di rumah terbuka adalah mengumpat atau mengata. Elakkan daripada mengumpat dan mengata orang lain. Tujuan datang rumah terbuka adalah untuk mengerat silatul rahim bukan untuk memburuk orang lain.

7) Akhir sekali bila nak pulang kena maklum kepada tuan rumah dan tegur sebelum meninggalkan majlis. Bagi yang Mahram digalakan bersalam dan juga memberi salam untuk meninggalkan majlis. Ingat dengan bersalaman yang Mahram akan gugurlah dosa-dosa dari cari celah jari-jemari mereka. Jadi tak nak kah kita yang memang dah banyak dosa ini.

Sebenarnya ada banyak lagi adab hadiri rumah terbuka tapi ini sedikit perkongsian untuk peringatan diri sendiri dan juga pembaca sekalian. Eratkan silatulrahim sesama kita di bulan mulia ini. Guna masa yang ada ini kerana mungkin kita tiada masa lain untuk bersama kawan-kawan rapat. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *