DAP dan Guan Eng jadi punca Harga Tanah di Pulau Pinang sangat mahal

26/7/2017– Kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, sememangnya gemar buat drama untuk menagih simpati dari rakyat. Bila gagal untuk menutup salahlaku mereka, mulalah mereka mencari alasan dan menggunakan taktik licik dengan meletakkan kesalahan mereka kepada orang lain.

Salah mereka sendiri akan menjadi salah orang lain. Inilah cara jijik Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak pernah mengakui kekurangan mereka.Tindakan itu untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang membelenggu mereka sekarang ini.

Mereka kalau cakap pasal apa pun, mesti cakap tak serupa bikin punya. Hari ini cakap lain, esok mesti cakap lain. Jadi, tidak menghairankanlah bila mereka digelar sebagai “Kaki Putar Belit”. Ini kerana sudah macam-macam mereka memutar belit cerita untuk menutup salahlaku mereka yang terdedah dan didedahkan.

Walaupun penyokong Pakatan mendakwa Guan Eng sebagai seorang pemimpin paling hebat dan juga ketua kerajaan negeri yang paling bijak menarik pelaburan dan juga membangunkan negeri, namun hakikatnya semua itu hanyalah diatas kertas dan juga cakap-cakap kosong sahaja.

Sejak mengambil alih pentadbiran negeri selama 9 tahun daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), hampir tiada satupun pembangunan yang betul-betul boleh diiktiraf sebagai hasil idea dan juga inisiatif dari kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Yang ada hanyalah projek pembangunan hasil peninggalan kerajaan BN negeri yang hampir siap. Dan disitulah muncul Ketua Menteri DAP dengan tanpa rasa malu merasmikan projek tersebut, seolah-olah ianya milik kerajaan negeri.

Jadi, memang patutlah apabila Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin bidas hujah Guan Eng tentang penjualan tanah di Pulau Pinang, dakwa Ketua Menteri Pulau Pinang cuba memutarbelitkan urusniaga melibatkan tanah tebusguna berdekad-dekad lalu.

“Lim Guan Eng sekali lagi mempamerkan kebiasaannya yang kuat menipu dan suka bercakap bohong.

“Apabila terkantoi, dia cuba menyalahkan pihak lain, enggan mengakui kelemahan dan kesilapannya, sebaliknya mencipta cerita yang bukan-bukan terhadap pihak lawan,” bidas Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin.

Ramesh berkata, Guan Eng masih lagi menggunakan hujah lamanya yang menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menjual 35 kali ganda keluasan tanah berbanding Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, tetapi pada harga yang rendah.

“Dan untuk membuktikan dia betul, Guan Eng menyenaraikan pula sejumlah projek yang menunjukkan kononnya Barisan Nasional menjual lebih banyak tanah berbanding Kerajaan DAP. Benarkah seperti yang ditemberangkan oleh Guan Eng?

“Antara senarai ‘tanah terjual’ Barisan Nasional yang dijadikan bukti oleh Guan Eng.

980 ekar di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) pada harga RM1 sekaki persegi.
325 ekar di Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.
750 ekar di Batu Kawan pada harga RM3.24 sekaki persegi.
1606 ekar di Butterworth pada harga RM8.40 sekaki persegi.

“Sekali pandang, Barisan Nasional telah menjual tanah-tanah berkenaan pada harga yang sangat rendah sekaligus menunjukkan yang Barisan Nasional merupakan pengamal korupsi. Benarkah?,” katanya.

(1) 980 ekar di Tanjung Tokong:

Urusniaga ini telah ditandatangani pada tahun 1990 (hampir 25 tahun dahulu) dan tanah Tanjung Tokong sebenarnya bukan tanah sebenar, sebaliknya tanah tebusguna yang bermula 15 tahun lalu dan harga RM1 adalah kadar yang tepat untuk pemulihgunaan.

Sebaik-baik sahaja dipulihguna, pemaju masih perlu membayar premium pemberimilikan dan juga perlu membayar premium pertukaran guna tanah. Pemaju juga perlu menyerahkan kembali 10% daripada tanah tebusguna itu secara PERCUMA kepada Kerajaan Negeri. Sebahagian daripada perjanjian ialah, pemaju perlu juga membina rumah kos rendah bersubsidi.

Adakah Guan Eng mahu memberitahu yang tanah tebusguna tidak ada sebarang kos yang perlu diselesaikan? Bagaimana Guan Eng tidak nampak mengapa RM1 sekaki persegi sebagai kadar nyata yang bersesuaian pada tahun 1990?

Berapa pula kos 10% tanah tebusguna yang diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri? Bagaimana dengan rumah bersubsidi? Bagaimana dengan premium tanah dan kos pertukaran guna tanah?

(2) 325 ekar di Lebuhraya Jelutong

Persetujuan tersebut telah ditandatangani pada tahun 1997 dan kawasan itu juga bukanlah tanah sebenar, melainkan tanah tebusguna. Pemaju telah diberikan hak untuk menebusguna 325 ekar tanah di kawasan tersebut sebagai pertukaran kepada pembinaan Lebuhraya Jelutung yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM300 juta.

Sekali lagi, disebabkan tanah tebusguna, pemaju masih perlu membayar premium pemberimilikan dan perlu juga membayar premium pertukaran guna tanah.

Sekali lagi, adakah Guan Eng cuba memberitahu bahawa penebusan tanah tidak memerlukan sebarang kos? Tiada kos premium tanah dan kos penukaran guna tanah?

(3) 750 ekar di Batu Kawan pada harga RM3.24 sekaki persegi

Urusniaga ini telah ditandatangani pada tahun 2004 bagi tujuan pemindahan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang dari tengah pulau ke Batu Kawan. Kawasan Batu Kawan itu dimajukan sebagai pusat ekuestrian baru dimana pemajunya membina Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang tanpa sebarang kos kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Parcel 1, 2A, 2B, 3A dan 3B berkeluasan 450 ekar secara keseluruhannya dan kebanyakannya adalah untuk pembangunan industri dan bukannya untuk pembinaan perumahan mewah atau pembangunan komersial.

Parcel 1 & 2A (150 ekar) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar) telah ditandatangani oleh Guan Eng sendiri pada 5 April 2011 pada harga RM3.05 sekaki persegi.

Parcel 4 (300 ekar) bagaimanapun, masih belum ditandatangani.

Oleh itu jelas, hanya 150 ekar tanah tebusguna itu sahaja yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 sekaki persegi manakala 300 ekar pula telah ditandatangani oleh Kerajaan DAP pada tahun 2011 dan dijual pada harga RM3.05 sekaki persegi.

Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 hanyalah RM15 sekaki persegi (sekarang ini lebih tinggi terutama selepas pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang). Oleh kerana itu, tanah yang dijual pada tahun 2004 pada kadar RM3.24 sekaki persegi tidak dianggap keterlaluan.

(4) 1606 ekar di Butterworth pada harga RM8.40 sekaki persegi

Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1997 itu, sekali lagi bukanlah melibatkan tanah sebenar sebaliknya tanah tebusguna. Di bawah perjanjian itu, pemaju diberikan hak ke atas tanah tebusguna:

900 ekar untuk perlebaran Terminal Kontena Butterworth Utara dan zon penampan dan berkaitan pelabuhan untuk kegunaan pelabuhan pada masa hadapan ;

706 ekar untuk pembangunan oleh firma (200 ekar daripadanya digunakan untuk infrastruktur awam dan kawasan terbuka yang akan diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri). Sebagai tambahan, firma perlu membina tujuh kuarters kerajaan di Bertam dalam tempoh tiga tahun untuk menggantikan kawasan yang terjejas.

Ini bermakna, firma hanya mempunyai 506 ekar tanah untuk dibangunkan dengan sebahagiannya perlu diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri dan perlu diingat, itu adalah pada tahun 1997. Bahkan pada tahun 2008, harga tanah di Butterworth masih belum mencapai RM15 sekaki persegi.

Pemilik konsensi juga perlu membiayai kos Lebuhraya Kulim-Butterworth sejauh lima kilometer bermula dari Butterworth. Sebagai balasan, syarikat tersebut dibenarkan mengutip tol di pondok tol Sungai Nyior sekalipun ianya telah tertunda. Konsensi tol tersebut masih bergelut memandangkan jumlah trafik yang rendah dan tidak menguntungkan.

Tambah beliau, sebahagian besar rakyat juga tahu bahawa harga tanah 20 tahun dahulu dan sekarang, jauh berbeza dan peningkatan harga tanah yang mencanak hanya berlaku pada zaman pentadbiran Guan Eng dan DAP.

“Lim Guan Eng sebenarnya terpaksa menipu dan menyalahgunakan kebodohan para penyokong Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan diri sendiri.

“Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan sengaja dan berniat jahat, cuba memutarbelitkan urusniaga melibatkan tanah tebusguna berdekad-dekad lalu hanya untuk menjustifikasikan kegilaan beliau menjual tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” tempelaknya. -Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *