David Beckham Perjelas Isu Cium Mulut Dengan Anak Perempuannya

Selepas aksi penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting ‘bercium mulut’ dengan bapanya, gambar bintang bola sepak terkenal dunia, David Beckham mencium mulut anaknya, Harper, 7, pula kecoh.

Biarpun bukan perkara baru, aksi itu mendapat kritikan dunia sementelah nama Beckham bukan calang-calang.

Menjawab pelbagai tohmahan yang dilemparkan netizen, Beckham, 40, menerusi Facebook Live tampil menjelaskan keadaan sebenar.

“Saya dikritik kerana mencium anak perempuan saya di mulutnya, hakikatnya saya cium semua anak saya di mulut.

“Tapi mungkin tidak bagi Brooklyn (anak sulung) kerana dia sudah berusia 18 tahun. Kalau berbuat sedemikian saya akan rasa janggal!

“Tetapi ini cara saya dan Victoria dibesarkan dan saya mempraktikkan perkara sama kepada anak-anak saya.

“Kami ingin tunjukkan betapa sayangnya kami kepada mereka, mahu melindungi mereka dan mengambil berat akan mereka. Apa sahaja demi kasih sayang kami untuk mereka,” katanya.

Gambar yang bertulis kapsyen ‘Kiss for Daddy’ itu telah dikongsikan lebih 2 juta kali di media sosial sejak dimuat naik sebulan lalu.

Bapa kepada empat cahaya mata itu memuat naik foto berkenaan ketika sedang bercuti di Tanzania. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *