Demi Keisha Laila, Nabila Huda Sudah Lima Kali Ke Universal Studio Singapura

Meneruskan tradisi sejak lima tahun lalu, pelakon Nabila Huda membawa anak perempuannya, Keisha Laila, 7, bercuti lagi di Universal Studio Singapura (USS).

Katanya, kesempatan meraikan Aidilfitri di kampung kelahiran suami, Mohd Izwan Johar, 33, di Singapura digunakan untuk kembali ke taman tema terkenal itu.

“Sudah lima kali kami ke USS dan boleh dikatakan hampir semua kemudahan atau permainan sudah kami naiki. Namun demi Keisha, saya dan suami sanggup penuhi lagi permintaannya.

“Kegembiraan yang terpancar pada wajahnya menjadi penawar segala duka. Apa yang berbeza kali ini adalah saya berjaya mengatasi perasaan takut menaiki ‘roller coaster’.

“Jeritan ketika berada di atas permainan ekstrim itu sukar digambarkan namun segala bebanan kerja dan masalah seperti hilang sebaik ia berakhir. Saya sendiri tidak menyangka kali ke lima ke sini baharu punya keberanian menaiki ‘roller coaster’,” kata Nabila.

Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015. Keisha adalah anak perempuannya daripada perkahwinan yang terdahulu.

Pada masa sama pelakon terbabit berkongsi perasaan gembira apabila dapat membeli kamera digital yang diidamkan sejak berada di bangku sekolah lagi, dalam percutian berkenaan.

“Sudah lama saya berhajat membeli kamera ini tetapi sering tertangguh kerana mendahulukan keperluan yang lebih penting. Puas apabila dapat memiliki sesuatu yang saya mahu dulu,” katanya lagi. – bho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *