Demi Mahathir, Guan Eng dan Kit Siang sanggup khianati Karpal Singh

17/7/2017– Rasanya seluruh rakyat Malaysia mengetahui, dahulu bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad adalah musuh parti rasis DAP dan Lim Kit Siang yang digelarnya “bapa rasis” tetapi hari ini mereka boleh pula berkawan dan berdiri di atas satu pentas yang sama.

Semua orang tahu, dulu Tun Mahathir juga sering mengutuk parti rasis dan cauvinis DAP. Beliau sering mengatakan bahawa parti itu tidak bagus, DAP mengancam orang Melayu tetapi hari ini segalanya berubah apabila beliau berkawan dengan parti yang didominasi bangsa Cina itu.

Malah, puak Pakatan Harapan baru-baru ini telah mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Umum PH manakala isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden. Tun Mahathir pula sebagai pengerusinya.

Jika hasrat bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini untuk menahan Tun Mahathir apabila Pakatan berjaya merampas Putrajaya, namun kini ia dilihat mungkin tidak kesampaian. Itulah yang didakwa oleh Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA, Chris Daniel Wong.

“Setahun sebelum beliau (Karpal) meninggal dunia, Karpal berjanji jika Pakatan berjaya ke Putrajaya, orang pertama yang akan ditahan ialah Dr Mahathir.

“Dengan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan (Harapan), janji ini tidak akan tertunai.

“Sekiranya Pakatan menang dalam PRU14, adakah pembangkang akan mengheret pengerusinya ke penjara?,” kata Chris Daniel.

Bernama pada April 2013 melaporkan, Karpal berjanji bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya maka orang pertama yang akan ditangkap ialah bekas perdana menteri keempat itu yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pakatan Rakyat juga akan menggesa jawapan Tun Mahathir atas kesilapannya selama 22 tahun mentadbir negara, berkaitan penyalahgunaan kuasa dan kekayaan anaknya, janji Karpal.

Untuk rekod, Karpal terkorban dalam satu kemalangan maut pada 17 April 2014, apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya bersama empat lagi individu melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *