Dua Hari Bernikah, Bekas Tunang Hantar Sihir Pemisah

17/07/2017 – Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri. Walaupun mungkin digunakan atas alasan-alasan yang lain, tetapi fokus utama sihir ini ialah memisahkan suami isteri.

Perkongsian Zaihan Johari merupakan perawat perubatan Islam berkongsi kisahnya salah seorang pesakit pasangan suami isteri yang telah terkena sihir pemisah. Dua hari bernikah sahaja pasangan ini telah terkena sihir pemisah. Rapanya sihir pemisah ini telah dihantar oleh bekas tunang.

“Inilah “barang sihir” yang dijumpai tertanam dihadapan rumah pesakit pasangan suami isteri yang baru dua hari bernikah. Selepas di buang benda khurafat ini, pasangan suami ini mengalami kejadian pelik dan mimpi yang sangat mengganggu tidur. Akibat tidak tahan dengan gangguan tidur dan lain-lain, pasangan ini berusaha untuk merawati dan merungkai permasalahannya setelah lebih setengah tahun terganggu.

“Hasil dari ruqyah kepada si isteri, tindakbalas gangguan jelas muncul. Tangisan yang kuat seakan kepanasan dan kasihnya “gangguan” itu pada pesakit, dan meronta kegelisahan. Saya tanya, “siapa kau? Apa kau nak dari jasad ini?, Siapa yang arahkan kau ganggu dia?” Akibat kepanasan, jin itu menyerah dgn menjawab, “aku sayang dia, dia milik aku, aku nak pisahkan dia dengan suaminya, aku tidak mahu dia ada anak”.

“Perbincangan dengan jin ini berterusan hingga mengetahui dari mana ia datang. Bekas tunang wanita ini berdendam akibat terputus pertunangan dahulu dan kini mahu pasangan ini berpisah. Setelah selesai dirawati, pesakit sedar dalam kebingungan. Suaminya juga seakan tergamam dengan pengalaman pertama situasi begini dihadapi.

“Dendam bekas tunang si isteri rupanya hingga terpalit dalam kejahilan sihir. Limau yang dicucuk jarum dan paku itu adalah “simbolik” jasad yang disihir untuk diserang pada bahagian tertentu. Kepada si penyihir, bertaubatlah, ingatlah Allah.

“Mungkin hari ini anda puas menyihir orang lain, siapa tahu mungkin suatu hari ahli keluarga anda pula ditimpa musibah kejahilan ini. Semoga Allah beri kesembuhan dan perlindungan pada pasangan ini dan dibukakan hati penyihir agar bertaubat di jalan Allah,” tulisnya. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *