Filem Baywatch menunjukkan Dadah baru jenis Flakka di Amerika.

Mendengar nama Baywatch, maka yang terlintas dalam benak kita tentunya adalah sekumpulan orang yang membuat rondaan di pantai.

Di sebalik tugas utamanya iaitu memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pantai, ternyata mereka yang bergelar baywatch mempunyai peranan yang sangat besar dalam menangani kes yang adakalanya tidak ada kaitannya langsung dengan urusan pantai.

Hal itu dirakamkan dalam filem Baywatch garapan pengarah Seth Gordon. Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson (The Rock), Zac Efron, Alexandra Daddario, Priyanka Chopra, Jon Bass dan beberapa pelakon pembantu yang lain itu mengangkat kisah tentang kejayaan Mitch Buchannon (The Rock) bersama rakan-rakannya menumpaskan dadah jenis flakka.

Bermula dari penemuan dadah flakka oleh pengunjung pantai kecil yang sedang bermain pasir, Mitch cuba untuk menyiasat kemungkinan adanya peredaran dadah dengan mempergunakan kawasan serta pengangkutan air di sekitar pantai.

Walau demikian, kesungguhan para petugas pantai yang dipimipin Mitch itu tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Akibat aksinya yang dianggap di luar skop tugas sebagai penjaga pantai, Mitch akhirnya dipecat dari statusnya sebagai ketua pengawal pantai. Sebagai gantinya, Matt Brody (Zac Efron) dilantik mengisi jawatan Mitch sebagai ketua Baywatch.

Pergantian itu sudah tentu mengundang rasa tidak puas hati dari para ahli Baywatch, termasuklah Matt sendiri. Ini kerana, Matt yang sebelum ini pernah mendapat dua pingat emas dalam Sukan Olimpik cawangan renang, merupakan anggota baru dan di pandang rendah oleh ahli-ahli Baywatch.

Kehadiran Priyanka Chopra yang memegang watak sebagai seorang wanita kaya bernama Victoria Leeds juga dikatakan memantapkan lagi filem berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *