Gabungkan Dua Menu Menjadi Satu, Trend Makanan Terkini di Jepun

Trend makanan terbaru telah melanda Internet di Jepun, dengan mengabungkan dua menu kegemaran menjadi satu.  Burger dan minuman berkarbonat merupakan gabungan makanan segera yang paling digilai di seluruh dunia.

Namun anda tidak pernah terfikir untuk mengabungkan kedua makanan kegemaran itu menjadi satu?

Itu tidak mustahil untuk netizen di Jepun, trend gila yang sedang melanda Jepun kini menunjukkan beberapa pengguna Twitter meletakkan ‘cheeseburger’ McDonald di atas cawan plastik minuman berkarbonat mereka.

Meskipun kelihatan pelik mengabungkan burger dengan minuman berkarbonat, namun netizen di Jepun telah mengambil inspirasi daripada itu. Menurut SoraNews24, netizen telah menyesuaikan diri dengan gabungan itu malah boleh melakukan dengan makanan yang lain juga.

Selain itu, trend itu tidak berlaku kepada burger McDonalds sahaja tetapi ada juga pengguna telah meletakkan donat di atas kopi mereka.  Fenomena aneh ini telah menjadi tanda tanya kepada netizen bagaimana ia boleh bermula di Jepun.

Berikutan trend itu, pengguna Twitter telah memberikan pelbagai reaksi, ada yang menulis mengenai ‘kekotoran’ trend makanan seperti itu dan trend itu membuatkan dia hilang selera makan.  Terdapat juga seorang pengguna menulis, “Tolong hentikan kegilaan ini”.

Namun, tidak semua trend makanan kedengaran atau kelihatan tidak menyelerakan seperti di Jepun. Menurut NDTVtrend makanan terbaru di Delhi bebeza, makanan di Delhi kelihatan enak dan berselera untuk dimakan.

Trend makanan terbaru di Delhi adalah ‘ice cream tacos’ yang dibuat mengunakan taco yang berbentuk seperti kon dan diisi dengan ais krim bersama pelbagai hidangan sampingan seperti kacang, buah, gula-gula dan banyak lagi.

Trend makanan ramai ketahui ia adalah inovatif dan unik, jadi diharap agar trend yang akan datang tidak akan dipertikaikan kebersihannya seperti trend meletakkan burger di atas cawan plastik di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *