Gadis di China pergunakan peha untuk menipu.

Seorang pelajar perakaunan di China mempunyai cara yang tersendiri untuk meniru dalam peperiksaan. Dia telah memanfaatkan kakinya yang panjang dengan mengisinya dengan nota subjek peperiksaan itu.

Rakan sekelas gadis itu telah memuat naik gambar menunjukkan seorang pelajar yang tidak diketahui identitinya itu, mengangkat skirtnya untuk menunjukkan nota yang ditulis di kakinya.

Menurut Daily Mail, rakan sekelasnya menulis, “Saya tergelak besar. Ini ada cara bagaimana rakan sekelas saya meniru dalam peperiksaan. Peperiksaan tidak pernah mudah bukan? Hahahahaha, harap ini boleh membuatkan dia terkenal.”

Gambar-gambar itu kemudiannya telah tersebar di media sosial China dan menerima beribu-beribu komen dari netizen.

Meskipun identiti pelajar yang meniru itu masih tidak diketahui, seorang pengguna media sosial mendedahkan yang nota pada kaki perempuan itu melibatkan istilah perakaunan.

Seorang pengguna menulis, “Itu hanya pengiraan debit dan kredit yang mudah.”

Beberapa pelajar yang kurang sopan pula menulis komen, “Mungkin dia ingin menunjukkan kakinya yang panjang.”  Dan, terdapat juga beberapa orang yang mempertahankan perbuatan gadis itu.

Yang jelas ini bukan kali pertama pelajar ditangkap meniru dalam peperiksaan.

Pada tahun 2013, seorang pelajar China telah membawa nota diseluruh kaki dan pehanya sewaktu mengambil Test of English as a Foreign Language (TOEFL) di California.  Dia akhirnya telah ditangkap oleh penjaga peperiksaan dan diminta untuk meninggalkan tempat itu dengan segera.

Namun, tanpa meminta maaf serta menyesali perbuatannya, pelajar itu sebaliknya menjadi marah dan terus menyatakan. “Semua orang lakukan benda ini di China.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *