Guardians of the Galaxy Vol. 2 Bersaing untuk Menjadi Filem Superhero Terlaris 2017

Los Angeles – Filem Wonder Woman telah mendapat sambutan positif sejak dikeluarkan dua bulan yang lalu. Filem itu juga telah menjangkaui tanggapan orang sehingga mampu memecahkan rekod box office di Amerika Syarikat.  Wonder Woman juga telah mengalahkan filem superheroGuardians of the Galaxy 2.

Menurut ComicBook, filem lakonan Gal Gadot itu telah berjaya mengumpul USD381.5 juta. Sementara, filem Guardians of the Galaxy Vol 2 pula mengumpul USD387 juta buat masa ini.

Meskipun mempunyai peluang yang besar untuk mengalahkan filem Guardian of the Galaxy serta mencipta rekod sebagai filem terlaris bagi musim panas 2017, tetapi, itu tidak bermakna Wonder Woman telah menang secara keseluruhan. Ini kerana filem Guardian of the Galaxy Vol. 2 mendapat sambutan yang hangat di luar negara.

Kutipan luar negara Guardian of the Galaxy Vol 2 mencecah USD 472.7 juta dan jumlah keuntungan keseluruhan filem itu adalah USD859.4 juta. Sementara, filem Wonder Woman pula baru mendapat USD 385.3 juta di luar dan jumlah keuntungan keseluruhan sebanyak USD766.8 juta buat masa ini.

Namun, walaupun menjadi filem terlaris untuk genre superhero, kedua-dua filem itu masih tidak mampu menandingi filem Beauty and the Beastdan Fate of the Furious dari segi jumlah keuntungan keseluruhan bagi filem yang ditayangkan di Amerika Syarikat untuk tahun ini.

Dalam carta box office Amerika Syarikat, jumlah keuntungan Wonder Woman adalah lebih rendah dari Beauty and the Beast.  Filem lakonan Emma Watson dan Dans Steven itu berjaya kekal di carta box office dengan jkeuntungan sebanyak USD504 juta.

Filem live action Disney, Fate of the Furious pula menjadi satu-satunya filem yang berjaya mendapat keuntungan melebihi USD1 bilion hasil tayangannya di seluruh dunia.

Namun, walaupun berada di bawah Beauty and the Beast dan Fate of the Furious, filem Wonder Woman tetap tidak mengecewakan kerana filem arahan Patty Jenkins itu dikatakan bakal membuat sekuel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *