Harga Beras Import dijangka naik kerana pasaran dunia.

KEMENTERIAN Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak menolak kemungkinan harga beras import akan meningkat kerana komoditi itu bukan barangan kawalan dan harganya bergantung kepada pasaran beras dunia.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga beras import ialah nilai ringgit yang rendah.

Katanya kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga beras import di pasaran tempatan.

“Bagaimanapun itu (kenaikan) hanya ramalan. Sebenarnya beras import tidak dikawal harga silingnya tetapi dari segi peraturan ia tidak boleh dijual lebih murah berbanding beras tempatan bagi melindungi industri beras negara.

“Mungkin apa yang disebut Persatuan Pemborong Beras betul kerana ada tanda-tanda beras dunia sudah mula meningkat.

“Pada satu peringkat dulu, harga beras import pasaran dunia satu tan metrik kira-kira US$340 (RM1,461) hingga US$350 (RM1,504), sekarang sudah ada tanda-tanda berkemungkinan meningkat US$400 (RM1,719) per tan metrik,” katanya.

Bliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Kompleks Perikanan Kampung Acheh di Setiawan, Perak, yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Presiden Persatuan Pemborong Beras Wu Zi Lian meramal harga beras import akan naik 10 peratus selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *