Honda Panggil Balik 2.1 Juta Kenderaannya Di Seluruh Dunia

Susulan berisiko kebakaran, kira-kira 2.1 juta kenderaan di seluruh dunia akan ditarik baik oleh Honda Motor Co untuk menggantikan sensor bateri.

Chris Martin, jurucakap pembuat kereta Jepun berkat,a penarikan semula itu termasuk 1.15 juta kenderaan Honda Accord dari model tahun 2013-2016 di Amerika Syarika, dan hampir 1 juta di tempat lain, untuk menggantikan sensor bateri 12 volt.

Memetik laporan Reuters, syarikat itu memaklumkan, ia telah menerima empat laporan kebakaran petak enjin di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya satu di Kanada, di kawasan yang menggunakan garam pada musim sejuk.

Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Pembuat kereta itu telah menerima 3,972 tuntutan waranti dari Amerika Syarikat berkaitan dengan isu itu.

Honda memperkenalkan sensor bateri yang direka bentuk semula pada bulan Jun 2016. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *