‘Honey Patch’ Rawatan Semula Jadi Berkesan Atasi Batuk Berkahak & Selesema Anak

Apabila anak mula dijangkiti selesema dan batuk, kita sebagai mak pasti risau dengan tahap kesihatan dan keadaan anak.Jika boleh segala cara nak dilakukan demi anak tersayang, asalkan mereka cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.

Melalui perkongsian Anja Azura di laman facebook,beliau berkongsi cara semulajadi membuat ‘honey patch’ untuk mengatasi masalah anak yang menghidapi batuk dan selsema.Menurut beiau, cara ini sesuai untuk peringkat bayi mahupun kanak-kanak.

Bahan-Bahan:

2 sudu Tepung gandum yang telah diayak

1 sudu besar Madu asli

1 sudu kecil Minyak zaitun atau minyak kelapa dara

1 helai Kain lampin yang dipotong kecil

Pita pelekat

Cara Membuat:

1.Campurkan tepung gandum dengan sesudu madu dan sedikit minyak zaitun/kelapa dara.

2.Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Namun, jika melekat boleh tambahkan lagi

3.sedikit tepung dan jika adunan tidak sebati boleh tambahkan lagi madu mengikut kesesuaian.

4.Setelah adunan sebati, bulatkan dan letak diatas kain napkin yang telah dipotong segiempat kecil.

5.Ambil sehelai lagi kain napkin dah tutup sebatian adunan tadi.

6.Lekatkan pada bahagian belakang badan dengan pita pelekat.

Siap!! Selamat mencuba.

Info Ekstra!

AMARAN! Jangan lekatkan dibahagian jantung dan berdekatan jantung.

Pakai sebelum waktu tidur malam dan dibiarkan sehingga 3-8jam.

Bagi anak yang batuk berkahak bila buka dan pecahkan adunan, akan ada lendir dalam adunan tersebut. – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *