HTC U11 Dengan Pilihan Warna “Solar Red” Kini Ditawarkan Di Malaysia

HTC U11 telah pun ditawarkan di Malaysia sejak beberapa minggu lepas, dan kini HTC Malaysia turut mengumumkan penawaran HTC U11 dalam pilihan warna “Solar Red”.

Dengan penawaran baru ini, ia memberikan lebih pilihan kepada anda yang berhasrat untuk mendapatkan telefon pintar terbaru HTC ini.

HTC U11 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan turut menyertakan sokongan baru yang membolehkan pengguna mengawal peranti berasaskan genggaman – dinamakan Edge Sense.

HTC U11 turut menggunakan kamera utama 12-megapixel yang menerima skor DxO paling tinggi setakat ini, selain dilengkapi kamera hadapan 16-megapixel untuk selfie.

Di Malaysia, HTC U11 ditawarkan pada harga RM3099. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *