Huawei Nova 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia

Huawei Nova 2 dilancarkan penghujung Mei lalu untuk pasaran China. Dua model yang dilancarkan dilengkapi sistem dwi kamera 12+8 Megapixel dan kamera selfie 20-Megapixel.

Bagi pengguna di Malaysia Huawei mengesahkan peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Melalui imej teaser rasmi yang kami terima, Nova 2 akan dilancarkan di Malaysia tetapi tiada tarikh dikongsikan setakat ini.

Pihak Huawei juga tidak mengesahkan sama kedua-dua model (Nova 2 dan Nova 2 Plus) akan dilancarkan serentak.

Huawei Nova 2 dilengkapi skrin 5″ HD penuh, diperkasakan pemproses Kirin 659, memori sebesar 4 GB dan storan 64 GB. Nova 2 Plus pula dilengkapi skrin lebih besar 5.5″ dengan spesifikasi lain yang sama selain bateri lebih besar. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *