Ibu Saman McDonalds Selepas Anaknya Disahkan Menghidap “Hamburger Disease”

Seorang ibu telah menfailkan aduan terhadap McDonalds Korea, mendakwa anak perempuannya telah di diagnosis terkena “hamburger disease”selepas memakan burger di salah satu cawangan McDonalds.

Menurut peguam Hwang Da-yeon dalam sidang akhbar yang diadakan di hadapan Pejabat Pendakwa Daerah Seoul, “Mangsa yang berusia 4 tahun itu tidak mempunyai masalah kesihatan, tetapi telah mendapat sindrom haemolytic uremic selepas memakan burger di McDonalds.”

“McDonalds telah mengetahui tentang risiko daging yang tidak masak.  Tetapi, masih gagal memasak daging dengan betul malah tidak memberi sebarang notis awal mengenai sebarang kemungkinan sewaktu menjual Happy Meal.”

Aduan itu mendakwa McDonalds telah melanggar undang-undang keselamatan makanan tempatan dengan menjual daging yang sudah tercemar dan tidak dimasak sepenuhnya.

Ibu mangsa juga meminta pendakwa raya untuk menyiasat dan membuatkan McDonald Korea bertanggungjawab ke atas anak perempuannya yang menderita kerosakkan buah pinggang dan perlu menjalani lapan sehingga sepuluh jam dialysis peritoneal setiap hari.

“Saya tidak boleh undurkan masa dan saya hanya berharap anak perempuan saya boleh pulih.”

Menurut ibu mangsa, anak perempuannya telah memakan hamburger di cawangan McDonalds di Wilayah Gyeonggi dan tiga jam selepas itu anaknya sakit.  Tiga hari kemudian, dia telah membawa anaknya ke unit jagaan rapi dan anaknya telah di diagnosis menghidap HUS.

Penyakit bawaan makanan yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.  Anak perempuannya telah dibenarkan keluar dari hospital tetapi telah kehilangan 90% fungsi buah pinggangnya.

Sementara itu, cawangan McDonalds itu menafikan kaitan antara produknya dan penyakit kanak-kanak itu. Mereka mengatakan daging itu telah dimasak oleh mesin dan itu bukannya kesilapan manusia. Peguam telah meminta pendakwa untuk mengambil rakaman CCTV di dapur untuk dijadikan bukti.

Penyakit yang dipanggil “hamburger disease” berlaku disebabkan oleh bakteria dalam daging yang telah tercemar, dan biasanya menjangkiti kanak-kanak.  Simptom penyakit ini termasuklah cirit birit berdarah, sakit perut, serta muntah-muntah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *