Ini Rahsia Lelaki Jepun Hidup 105 Tahun

Bila tiba setiap kali ulang tahun kelahiran pastinya akan ada orang yang mengucapkan semoga panjang umur dan hidup lebih lama namun kebiasaannya manusia sekarang hidup sekitar umur 60 tahun sehingga 70 tahun kerana pelbagai penyakit yang menyerang manusia sekarang.

Seorang doktor dari Jepun yang baru sahaja meninggal dunia pada 18 Julai yang lalu sempat meninggalkan beberapa petua untuk hidup lama kerana Dr Shigeaki Hinohara meninggal dunia pada umur 105 tahun.

Sehingga umurnya 105 tahun, Dr Hinohara masih lagi mampu bekerja dan merawat pesakit selama 18 jam dan beliau mempercayai perkara yang paling penting dalam hidup adalah rasa ingin menyumbang dalam sesuatu perkara.

Dr Hinohara juga turut mengatakan seseorang tidak patut pencen pada umur 65 tahun hanya kerana ingin berehat dan teruskan hidup seperti biasa.

Beliau turut mengalakkan orang ramai untuk gaya hidup sihat dan tidak mempunyai berat yang obesiti serta mengawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang sihat.

Perkara yang paling penting adalah menikmati hidup dengan kegembiraan dan ia dapat melegakan kesakitan yang dialami kerana baginya sakit itu adalah satu misteri dan berseronok dalam hidup adalah cara untuk melupakannya. – vd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *