Jaguh UFC dapat ‘Tawaran Istimewa” selepas Tercirit Sewaktu Pelawanan

Jaguh UFC wanita yang menjadi terkenal kerana membuang air besar di atas gelanggang kini telah mendapat tawaran yang istimewa.

Justine Kish telah mendapat tawaran yang menarik dari beberapa jenama pengelap punggung dan salah satu darinya adalah dari Dude Wipes iaitu produk yang menyerupai tisu basah bayi.

Dalam temubualnya di radio iHeart, ‘Domenick Nati Show’, Kish menyatakan, “Saya sedang mempertimbangkannya kerana kita boleh berseronok dengannya dan mungkin membuatkan produk itu kurang memalukan dan lebih menyeronokkan.”

Kish menjadi tular kerana hilang kawalan usus sewaktu dicekik oleh Felice Herrig di Oklahoma City Ahad lalu.

Herrig telah menangi perlawanan itu dengan keputusan sebulat suara. Namun, Kish telah mencuri perhatian penonton dengan meninggalkan kesan najis pada tikar gelanggang ketika terus berlawan.

Dia menambahkan lagi tahap malunya selepas itu dengan menulis di Twitternya, “Shit happens.”

MMA Imports menyatakan bahawa Dude Wipes yang sebelum ini namanya dicetak dibelakang baju pelawan UFC telah tweet ke Kish yang mereka ingin menbekalkannya dengan semua produk yang diperlukan olehnya.

Kish menyatakan yang perundingan adalah cara untuk iklan atau sesuatu yang lain.

Menurut Sean Riley wakil dari Dude Product, “Kami fikir Justine mempunyai sikap yang sangat mengagumkan mengenai situasi itu dan membincangkan cara menyeronokkan untuk berkerja bersama akan lebih memudahkan.”

Dalam temubual bersama radio iHeart, Kish juga menceritakan tentang penghinaan yang dialami dari kejadian itu dan bagaimana dia keluar selepas itu dengan berbau seperti bunga ros.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *