Jejaka Di Luar Sana Cair Tengok Ronaldinho Kelate, Siapa Gadis Ini Sebenarnya?

Kebelakangan ini ramai betul wanita yang menjadi tular di media sosial, contohnya macam baru-baru ini ada gadis yang dikenali sebagai Hawa Rizwana dikatakan mirip sekali macam Neelofa.

Terbaru, netizen kecoh lagi disebabkan seorang wanita dari Kelantan ini, bukan hanya disebabkan kecomelan wajahnya tapi disebabkan dia bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Dikenali sebagai Nur Syahindah Mohamad Kamal, gadis ini sebenarnya berdarah campuran Melayu dan Cina dan kini mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.

Bila gambarnya tersebar di media sosial, mulalah jejaka di luar sana pasang angan-angan nak memperisterikannya. Alasannya, satu dalam sejuta kerana sangat jarang wanita cantik seperti ini terjun dalam bidang yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki.

Bukan hanya cantik, apa yang lebih mencairkan hati adalah dia tidak melanggar batasnya sebagai seorang Islam dan sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat walaupun ketika bermain bola.

Pakej dah lengkap begini, semestinya tawaran untuk menjadi model datang tak henti-henti tapi menurut sumber mStar Online, gadis ini menolak mentah-mentah tawaran tersebut.

Macam biasalah, bila ramai yang memuji, tak kurang juga yang mengutuk kerana ramai yang memperlekehkan kebolehannya beraksi di padang.

“Kalau orang lain skill hebat tapi muka pecah… tak ada pula nak viral.”
“Baguslah memuja-muja kecantikan wanita..dunia nak kiamat”
“Alahai, tak payah nak acah-acah pandai bola sangatlah.”

Apa pun semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Macam mana, ada yang cair ke tengok Ronaldinho Kelate ni? – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *