Kajian Mendapati Permukaan Marikh “Lebih kepada Tidak Boleh Didiami”

Harapan untuk mencari hidupan di Marikh sekurang-kurangnya di permukaan telah ditepis selepas sebuah kajian mendedahkan bahawa garam mineral yang ada di Red Planet itu membunuh bakteria.

Dalam ujian makmal di Bumi, hasil kajian penyelidikan University of Edinburgh’s School of Physics and Astronomy kompaun yang dikenali sebagai Perchlorates itu membunuh bakteria Bacillus Subtilis iaitu satu bakteria kehidupan asas.

Perchlorates stabil di dalam suhu bilik dan menjadi aktif pada haba yang tinggi.  Namun, Marikh sangat sejuk.  Dalam kajian terbaru, Jennifer Wadsworth dan Charles Cockell menunjukkan kompaun itu juga boleh diaktifkan dengan cahaya UV, tanpa haba.  Namun, ia membunuh bakteria dalam beberapa minit, dan menyatakan planet itu “lebih kepada tidak boleh didiami dari yang difikirkan sebelum ini.

Wadsworth memberitahu AFP, “JIka kita mahu mencari kehidupan di Marikh, kita perlu menimbangkan perkara ini dan cuba untuk mencari permukaan yang tidak terdedah kepada keadaan ini.”

Perchlorates adalah semula jadi dan buatan manusia di Bumi, tetapi lebih meluas di Marikh di mana Perchlorates mula-mula dirakam oleh Phoenix Lander NASA pada tahun 2008.

Tambah Wadsworth, “Fakta yang Perchlorates membunuh B. Subtilis dengan kehadiran cahaya UV itu tidak bermakna ia akan membunuh kehidupan lain. Namun ujian lain perlu dijalankan untuk mengesahkan ini.”

Perchlorates sebelum ini dilihat dalam garisan di permukaan Marikh telah dianggap sebagai jalur garam.  Kewujudan itu dibentangkan sebagai bukti oleh saintis sebagai cecair di Red Planet pada tahun 2015.

Tetapi kajian terbaru menyatakan cecair garam itu meresap walaupun mereka mewakili kawasan yang mengandungi air yang boleh merosakkan sel jika mengandungi Perchlorates.  Ini bermakna bahan pencemar organik itu ditinggalkan di Marikh oleh robot peneroka dan B. Subtilis adalah yang normal, tidak dapat bertahan lama.

Ia telah diterima secara meluas yang Red Planet pernah menghasilkan banyak air dalam bentuk cecair dan masih mempunyai air hari ini meskipun dibekukan di bawah tanah.  Seperti yang kita ketahui, air adalah prasyarat untuk kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *