Kajian Menunjukkan Meminum Alkohol ketika Mengandung Boleh Mempengaruhi Wajah Bayi

Menurut kajian baru-baru ini, wanita yang meminum alkohol ketika mengandung boleh mempengaruhi bentuk wajah bayi. Meskipun meminum di dalam kandungan yang rendah.

Perubahan bentuk wajah bayi dikatakan terjadi jika meminum alkohol sewaktu trimester pertama kehamilan.  Perubahan wajah itu terjadi secara “halus” dan sukar dilihat menggunakan mata kasar. Namun, secara umumnya, perubahan terjadi di bahagian hidung,mata, dan bibir bayi.

Kajian ini dijalankan oleh penyelidik dari Murdoch Childern’s Research Institute, Victoria, Australia.  Dalam kajian itu, pasukan penyelidik telah menggunakan teknik pencahayaan 3D yang canggih untuk melihat hampir 70 ribu bahagian muka bayi.

Ia dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan yang berlaku pada wajah bayi jika ibu mereka meminum alkohol sewaktu mengandung ataupun tidak.

Hasil kajian itu menunjukkan, perubahan berlaku kepada bayi yang ibunya meminum alkohol. “Bayi alkohol” mempunyai hidung yang kelihatan lebih pendek, bentuk mata pula lebih kecil manakala bahagian atas bibir mereka lebih nipis.

Ciri-ciri wajah itu sering dikaitkan dengan sindrom ‘Feotal Alcohol’.

Ketua penyelidik, Jane Halliday menjelaskan, “Kami masih belum mengetahui jika perubahan kecil yang berlaku pada wajah bayi itu ada kaitan dengan perubahan perkembangan bayi.”

Selain perubahan ciri-ciri muka, meminum alkohol ketika  mengandung juga dapat mempengaruhi tingakah-laku anak seperti perhatian terganggu dan mempunyai kelakuan yang berbeza dari kanak-kanak normal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *