Keengganan DAP buat semula pemilihan CEC akan bawa padah.

Keengganan parti rasis dan cauvinis, DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) boleh menyebabkan parti pembangkang itu berdepan risiko dibatalkan pendaftaran.

Memberi amaran itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, parti itu sepatutnya akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya DAP masih berkeras mengingkari arahan RoS, mereka diingatkan supaya tidak menuding jari menyalahkan mana-mana pihak jika sesuatu tindakan seperti pembatalan dikenakan.

“Saya fikir mereka tentu tahu akan perkara itu cuma atas pelbagai sebab yang lebih diketahui, mereka memilih untuk tidak mahu akur dengan arahan yang dikeluarkan RoS. Dengan itu, mereka tidak boleh menyalahkan badan itu jika tindakan diambil kelak,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

Pada Jumaat lalu, RoS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan CEC secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota yang sah dan diiktiraf.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mempertikaikan arahan tersebut dan bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC dengan alasan parti itu telah berbuat demikian pada 29 September 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *