Keluarga Mertua Selalu Hina Menantu, Akhirnya Allah Bayar Cash

Gambar Hiasan

17/07/2017 – Menghina orang adalah sebuah perbuatan tercela, dan Allah tidak menyukai hal tersebut. Kerana biasanya, orang yang suka menghina dan mencaci maki orang lain adalah mereka yang bersikap sombong.

Selain itu, menghina adalah perbuatan yang dapat menyakiti hati orang lain. Sedangkan Allah sangat membenci orang yang menyakiti orang lain, terlebih adalah orang yang menyakiti seorang muslim. Ingatlah setiap perbuatan yang dibenci oleh Allah itu ada balasannya di dunia mahupun di akhirat.

Begitu kisah yang hendak dikongsikan ini, kehidupan berumahtangga menjadi tunggang langgang dek kerana mulut puaka ibu mertua dan ipar, mulut yang sentiasa menjaja cerita buruk dan mengutuk orang akhirnya ALLAH S.W.T membalas cash perbuatan mereka.

“Apa yang saya kongsikan ini adalah sekadar nasihat mengenai kifarah. Semasa saya dan suami tinggl sebumbung dengan keluarga mertua perangai suami teruk sangat. Rupanya suami ada perangai suka ambil pil kuda. Saya cuba bersabar dan saya kerja tapi suami tak kerja. Tapi,nasib tidak menyebelahi saya adik ipar saya pula jenis batu api. Dia pun sudah berkahwin duduk sekali di rumah MIL saya.

“Nak dijadikan cerita, rupanya sepanjang saya berkerja. Adik ipar saya suka bergosip dengan mak mertua saya dan hasut suami mengatakan saya bekerja kerana mahu curang. Kemudian mereka menghasut mengatakan suami sepatutnya tidak menjaga anak. Mak mertua pun sanggup kata kat suami anak derhaka sebab lebihkan saya. Tapi, saya cuba buat baik dengan mereka dari segi kewangan. Tapi dek kerana si batu api semua saya buat semua salah.

“Setelah 4 tahun duduk dengan MIL, saya dan suami pindah ke bandar. Bila jauh begitu baru kami boleh hidup dengan aman. Suami pun dah tak buat perangai dan mula berubah sikit demi sedikit. Seolah sabar saya ada hasilnya dan sekarang sudah nak masuk 3 tahun kami hidup di perantauan. Tapi, baru baru ini, saya dengar adik ipar saya dah mula bekerja sebabkan suaminya mula main pil kuda. Dulu adik ipar mati-mati cakap kerja isteri sepatutnya duduk di dapur saja bukan kerja.

“Allah bagi rasa bagaimana punyai suami bermasalah dengan anak masih kecil. Dulu adik ipar dan mertua suka menghina saya dan sekarang mereka rasa apa yang selalu mereka kata pada saya.

“Saya nak nasihatkan, janganlah sesekali menghina atau merendahkan maruah orang dengan sengaja kerana kifarah Allah itu ada. Saya berharap dia insaf dan ubah sikapnya yang bermulut lancang dan suka mengata orang. Berharap dan berdoa lah pada Allah yang Esa kerana semua orang pernah lakukan kesilapan,” tulisnya.

Apapun, sebagai adik ipar dan mak mertua sepatutnya jangan menjadi batu api. Jadilah orang yang membantu menyelamatkan rumahtangga bukan seronok melihat rumahtangga anak-anak hancur kerana sikap kita yang suka menghina menantu sendiri. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *