Kerja KPDNKK Terhalang Dan Menjadi Sukar Kerana Tonto

KUALA LUMPUR – Diekori tonto ketika sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) keluar dari pejabat untuk menyerbu premis di sebuah pusat beli-belah menjual barang tiruan menjadi penghalang.

Difahamkan, tonto-tonto terbabit akan memaklumkan kepada premis terlibat untuk menutup premis selain barang dibawa keluar dengan segera.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 11 pagi semalam, pihaknya terpaksa mengatur pasukan dengan lebih baik.

Menurutnya, serbuan kali ini di pusat beli-belah adalah serbuan kali kedua selepas berdepan kesulitan dalam serbuan bulan Mei lalu.

“Kali ini, tiga buah premis menjual jam tangan disyaki tiruan berjenama telah diserbu.

“Sebanyak 31, 260 utas jam tangan membabitkan jenama Casio, Baby-G, G-Shock dan Edifice telah dirampas dan dianggarkan bernilai RM559,700,” katanya.

Katanya, siasatan awal dapati ketiga-tiga premis ini dimiliki lelaki warga Pakistan berdasarkan keterangan daripada pekerja premis.

Mengulas lanjut, premis ini dipercayai mendapatkan barang tersebut dari luar negara sebelum menjualnya dengan harga serendah RM8 sehingga RM50.

“Siasatan masih dijalankan dan Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *