KFC Kini Jual Baju Pula Dan Ianya Sangat ‘Awesome’

Nampaknya restoran kegemaran ramai KFC tidak lagi setakat menjual ayam goreng lazat sahaja. Secara senyap, mereka melancarkan merchandise seperti baju, sarung kaki, pin baju, rantai bantal dan banyak lagi. Lebih menarik adalah setiap produk yang dihasilkan semuanya cool dan awesome!

Ianya kini boleh dibeli secara online di sini dan kebanyakkan produknya sudah pun sold out. Kini tinggal beberapa rekaan sahaja lagi yang masih available.

Tetapi barang paling unik dan mahal dalam koleksi ini adalah ‘Zinger Meteorite’, Zinger yang diukir dari batu meteor yang sebenar. Harganya? Hanya USD20,000 (Lebih kurang RM85,600).

Memang lain macam permainan KFC sekarang ini. Segala merchandise ini hanya didapati di Amerika Syarikat ketika ini dan harap-harap adalah beberapa merchandise ini yang masuk ke Malaysia. Now, your move McDonalds.

P/S: Selepas ini KFC dah boleh tukar nama ke KSC, Kentucky ‘Swag’ Chicken. – tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *