Konsert 8 Saat Band Rock Jepun – Golden Bomber

Kumpulan Rock terkenal Golden Bomber telah membuat konsert percuma di Ikebukuro Sunshine City Mall yang dipersembahkan berlangsung hanya selama 8 saat sahaja.

Selepas countdown selama tiga minit, keempat-empat ahli kumpulan itu berlari ke atas pentas untuk menyanyikan lagu baru mereka yang bertajuk “Deatte 8-byou” (8 Second Encounter).  Selepas 8 saat persembahan, mereka terus keluar dari pentas.

Namun, peminat yang hadir ke konsert itu ternyata teruja dan meminta kumpulan itu untuk melakukan persembahan encore.  Kumpulan itu telah kembali semula ke pentas.

Penyanyi utama kumpulan itu, Sho Kiryuin kelihatan gembira dan menyatakan terima kasih kepada peminat yang datang menyaksikan persembahan itu. Kumpulan itu juga menyanyikan lagu hit mereka, “Memeshikute” sebagai persembahan encore yang lebih lama dari persembahan utama.

Konsert ini diadakan sempena pelancaran sticker LINE terbaru Golden Bomber. 22 sticker LINE itu akan memainkan audio selama 8 saat dari lagu-lagu popular mereka termasuklah “Deattle 8-byou”.

Golden Bomber memang terkenal sebagai kumpulan yang aneh kerana mereka adalah band “Visual Key”, iaitu genre muzik Jepun yang kelihatan androgyny, pakaian serta solekan yang berlebihan dan juga flamboyant.

Selain itu, mereka juga terkenal dengan ‘gitar udara’ dimana mereka akan  berpura-pura memainkan pelbagai jenis alat muzik walhal tiada seorang pun dari mereka yang tahu memainkan alat muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *