Kontraktor Bayar RM1 juta Kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang Untuk Ubah Status Tanah Lereng Bukit

03/07/2017 – Inilah Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang sering mengamalkan “CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)” yang merupakan slogan yang bangga dilaung-laungkan dan menjadi “pegangan” mereka selama ini. Betapa “telusnya” mereka sehingga rakyat di negeri itu hidup derita dengan pelbagai bebanan.

Bukanlah slogan yang dipraktikkan tetapi ia hanyalah satu ayat kepura-puraan buatan parti rasis dan cauvinis DAP bagi meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka. Inilah sikap jelik puak Pakatan Harapan yang gemar bermuka-muka apabila berhadapan dengan rakyat.

Kononnya merekalah memperjuangkan hak rakyat, namun sebaliknya merekalah yang rakus menindas hak rakyat. Sedia maklum, parti rasis dan cauvinis DAP gemar menuduh UMNO-BN mengamalkan rasuah, curi duit rakyat dan penindas rakyat.

Hakikat menyedari, tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya terpalit pada batang hidung parti rasis dan cauvinis DAP sendiri. Ini dapat dilihat apabila semakin banyak helah Kerajaan DAP Pulau Pinang didedahkan dan terdedah.

Buktinya apabila bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dr. Lim Mah Hui mendakwa sebuah syarikat pemaju pernah membayar RM1 juta kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menukar status tanah lereng bukit dengan rancangan membina kondominium dengan 600 unit rumah.

Dakwa beliau, permohonan itu dibuat pada 2011 selepas pemaju berkenaan membeli tanah tersebut yang terletak di Sungai Ara, di sini setahun sebelumnya.

Katanya, tanah itu didaftarkan sebagai kawasan lereng bukit di bawah Akta Perlindungan Tanah 1960 dengan 43 peratus kawasannya merupakan cerun dengan lebih 25 darjah sekali gus dikategorikan sebagai kawasan lereng bukit yang sensitif.

“Selepas membeli tanah itu pada 2010, pemaju berkenaan membuat permohonan supaya status lereng bukitnya dibatalkan dan diluluskan SPC pada 2011 dengan bayaran RM1 juta.

“Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang yang digazetkan dengan jelas melarang sebarang pembinaan di kawasan lereng bukit yang sensitif melainkan ia merupakan ‘projek istimewa’ yang diluluskan kerajaan negeri

“Bagaimana projek perumahan itu telah diluluskan sebagai ‘projek istimewa’ oleh MBPP menjadi persoalan dalam cadangan projek pembangunan ini yang turut menjadi kes mahkamah antara pemaju dan penduduk,” kata Mah Hui.

Dalam pada itu, Mah Hui turut mempersoalkan kenyataan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya langsung tidak menyentuh kawasan hutan simpan di negeri ini.

Sudah menjadi kebiasaan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng tidak pernah mengakui kekurangan mereka, sebaliknya cuba mendabik dada mengatakan mereka sentiasa bagus dan kononnya sentiasa ‘memperjuangkan hak’ rakyat.

Meskipun sudah jelas banyak kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, namun jeliknya masih ingin memutarbelitkan cerita untuk menunjukkan pentadbiran mereka yang kononnya telus dan tiada sebarang masalah.

Terdahulu, Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan dakwaan menggondol hutan simpan kekal di negeri itu antara 2006 dan 2015.

“Pulau Pinang tidak pernah menebang sebarang hutan simpan kekal berbanding Pahang (161,379 hektar), Kelantan (157,919 hektar) dan Perak (74,032 hektar),” kata Guan Eng.

Bagaimanapun, menurut Mah Hui, hutan simpan yang dibanggakan Kerajaan DAP Pulau Pinang kononnya kekal terpelihara itu hanya kira-kira 5,000 hektar atau 4.9 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri ini.

“Ketika kerajaan negeri mempertahankan kawasan hutan simpan yang sangat terhad ini, polisi dan dasar yang diamalkannya mendedahkan lebih banyak kawasan hutan kepada pembangunan yang lebih agresif.

“Ini menjurus kepada penurunan drastik dari sudut kemapanan dan kelestarian alam sekitar yang jelas bertentangan dengan slogan Pulau Pinang Lebih Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat,” katanya.

Sudah jelas pentadbiran di bawah kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP hanya membawa malapetaka dan penderitaan kepada rakyat. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *