Kucing Bernama Tara Menerima Anugerah serta Tajaan Makanan Seumur Hidup

Sebuah syarikat makanan haiwan telah menghadiahkan kucing Los Angeles bernama Tara bekalan makanan kucing seumur hidup selepas video dia menyelamatkan anak tuannya yang berusia enam tahun dari serangan anjing ganas tersebar.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu menaiki basikal di jalan masuk rumahnya di Bakersfield.  Anjing kepunyaan jirannya secara tiba-tiba berlari keluar dari rumah lalu menyerang kanak-kanak itu.

Meskipun serangan itu mengambil masa beberapa saat, anjing itu telah meninggalkan kesan gigitan yang dalam sehingga memerlukan lapan jahitan.  Namun, jika Tara tidak campur tangan, serangan anjing itu boleh bertambah serius.

Selepas serangan, kucing belaan kanak-kanak itu dilihat berlari melintasi jalan masuk  dan menerkam anjing itu dan menyebabkan anjing itu melarikan diri. Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu kelihatan berlari ke arah anaknya sementara Tara masih mengejar anjing itu kembali ke rumah jirannnya.

Selepas kejadian itu, mangsa yang bernama Jeremy mengambarkan Tara adalah sebagai “heronya”.  Video itu telah dikongsi oleh beribu pengguna di media sosial, dan menggesa pusat perlindungan haiwan tempatan untuk memberi Tara anugerah keberanian haiwan mereka.  Anugerah itu selalunya diberikan kepada anjing yang berkhidmat kepada polis atau pasukan bersenjata.

Jurucakap pusat perlindungan itu menyatakan, “Kami sangat kagum dengan keberanian Tara dan tindakan pantas jawatankuasa pemilihan yang memutuskan kucing itu patut menjadi National Hero Dog.”.

Sebagai tambahan, syarikat makanan haiwan tempatan juga mengumumkan yang mereka akan membekalkan keluarga Tara dengan bekalan makanan kucing seumur hidup yang akan dihantar setiap bulan.

Pekerja syarikat makanan haiwan itu berkata,  “Kucing yang berani seperti Tara patut mendapat penghargaan dan penghormatan. Kami sangat bangga mendengar ceritanya dan mahu memberi penghormatan kepadanya.”

Sementara itu, keluarga Jeremy juga memberi penghormatan kepada Tara dengan mengelarnya sebagai kucing setia yang sentiasa mengawasi pemilik kecilnya. Ayah Jeremy mengatakan, “Anak-anak jiran datang dan bermain dengan Tara. Tara juga bergaul dengan anjing kami, Maya.  Tetapi, jika Jeremy jatuh basikal, dia berlari datang. Jika Jeremy menangis, dia akan berlari datang.”

Keberanian Tara mendapat reaksi positif dari pengguna media sosial, ramai yang memuji keberanian Tara. Seorang pengguna lelaki menulis, “WOW… Saya seorang pecinta anjing tapi yang ini adalah kucing yang terbaik dan terhebat..  hidup Tara!!”

Manakala seorang pengguna wanita pula menulis, “Saya tiada idea apa yang tidak kena dengan anjing itu. Saya sangat tidak percaya yang itu adalah serangan secara tiba-tiba tanpa sebarang provokasi.  Namun, saya TIDAK terkejut Tara menyerang anjing itu. Orang tidak pernah memberikan kredit yang mencukupi kepada kucing tentang sebanyak mana mereka boleh menjaga keluarga mereka sama seperti anjing .”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *