Lelaki Indonesia melarikan diri selepas hantar gadis orang Asli pulang.

GADIS Orang Asli Temiar yang dilapor hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Kampung Sendrop, Gua Musang, Rabu lalu, pulang ke pangkuan keluarganya, kira-kira 6 petang semalam.

Norazira Sani, 17, pulang seorang diri dipercayai selepas dihantar teman lelakinya yang juga warga Indonesia.

Ibunya, Leha Jali, 41, berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu juga hanya berkurung di dalam bilik dan tidak bercakap dengan ahli keluarganya.

“Sebaik pulang, dia terus berkurung di dalam bilik dan langsung tidak bercakap dengan kami yang menunggu kepulangannya di beranda rumah.

“Dia kelihatan seperti resah. Saya juga tidak sempat untuk bertanya apa-apa kepadanya mengenai kehilangan itu,” katanya.

Kehilangan gadis itu dilaporkan media, dua hari lalu selepas keluarganya bimbang dengan keselamatannya.

Leha berkata, susulan laporan itu, dia ada menerima panggilan telefon daripada Norazira yang memaklumkan akan pulang ke rumah.

Katanya, orang kampung yang sebelum ini membantu mencari Norazira juga menunggu di rumahnya untuk mengenali lelaki warga Indonesia berkenaan.

“Namun dia meninggalkan anak saya di tepi jalan utama dan tidak berani mendekati rumah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *