Lelaki Kelantan Mirip Anime Ditawar Jadi Artis K-Pop

Selepas menjadi tular di laman sosial dan juga akhbar tempatan kerana dikatakan melakukan pembedahan plastik, seorang jejaka berusia 21 tahun dilaporkan mendapat tawaran menjadi artis K-Pop.

Hal itu didedahkan sendiri oleh Amirul Rizwan Musa atau lebih dikenali sebagai Miyyo Rizone yang berkongsi menerusi laman sosial miliknya.

“Thank you kepada haters kerana anda semua telah menaikkan nama saya sebegini rupa,” kata lelaki dari Kelantan ini.

Tak mahu dianggap membuat cerita palsu, Miyyo turut memuat naik emel tawaran kontrak tersebut yang berpangkalan di Korea Selatan.

Memetik laporan Mstar Online, jejaka ini turut mengesahkan hal tersebut ketika dihubungi pemberita.

“Ya, tawaran kontrak itu memang benar. Saya amat gembira dan pada masa sama terkejut kerana ditawarkan untuk menjadi artis di negara itu.

“Dalam uji bakat itu saya menyanyikan lagu nyanyian Adele – Million Years. Mereka beritahu kagum dengan nyanyian saya dan menyukai wajah saya,” katanya kepada Mstar.

Katanya lagi, dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menganggotai sebuah kumpulan K-Pop itu.

“Saya akan dilatih selama enam bulan sebelum menjadi salah seorang anggota kumpulan K-Pop pada musim luruh nanti.

“Tawaran itu memang menarik dan sukar ditolak kerana syarikat tersebut turut menyediakan tempat penginapan, makanan dan elaun bulanan,” jelasnya lagi. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *