Lelaki Menangis Dipaksa Minta Maaf Dengan Ayam Selepas Gunakan Haiwan Itu Untuk Seludup Dadah

Seorang penyeludup dadah menangis sambil bergari selepas polis memaksanya meminta maaf kepada dua ekor ayam kerana menyumbat kedua-dua haiwan itu dengan kondom yang dipenuhi dengan pil dadah.

Lelaki yang berusia 29 tahun itu membalut kesemua pil-pil itu dalam tujuh getah kondom sebelum memaksa seekor ayam menelan tiga kondom dan seekor lagi empat kondom terbabit.

Lelaki berkenaan ditangkap polis ketika membawa ayam tersebut dalam dua kotak untuk diambil oleh tuk tuk (teksi tiga roda).

Polis kemudian membuka kotak-kotak itu dan terkejut apabila mendapati terdapat benjolan besar di perut ayam-ayam itu.

Rakaman video memaparkan bagaimana lelaki berkenaan menangis sambil bergari apabila dia dipaksa meminta maaf kepada kedua-dua ekor haiwan tidak bersalah itu.

Bagaimanapun, seorang polis berjaya mengeluarkan dadah itu dari perut ayam terbabit dan kedua-dua ekor ayam itu selamat.

Sebanyak 1,383 pil methamphetamine dikeluarkan. – sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *