Lelaki Perasan Tuduh Sofi Jikan Mengurat Bini Dia, Tampil Mohon Maaf

Seorang lelaki tampil memohon maaf kepada pelakon KL Gangster, Sofi Jikan selepas beliau menuduh pelakon tersebut mengurat pasangannya ketika mereka sedang menikmati makan malam di Pulau Pinang pada minggu lalu.

Lelaki tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kenyataannya itu menjadi perhatian netizen di laman sosial. Lelaki yang dikenali sebagai Rayyan Haidar itu tersalah sangka dengan tindakan Sofi Jikan yang melemparkan senyuman kepada seorang wanita dipercayai isterinya itu.

Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Sofi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini.

“Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Sofi Jikan cuba menganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi viral di laman sosial

Pada Sabtu lalu, pelakon tersebut agak berang selepas dituduh memandang dan senyum kepada seorang wanita dan Sofi menjelaskan bahawa dia cuma membalas senyuman kepada seorang peminat dan bukannya mahu mengurat wanita berkenaan.

Lelaki tersebut dikatakan telah bertemu dengan Sofi Jikan dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya. Dan pelakon tersebut pula menganggap perkara tersebut selesai dan tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan kepada lelaki tersebut. – ks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *