Lelaki Susah Dapat Jodoh Disarankan Dapatkan Tidur Yang Cukup

18/07/2017 – Bahaya ke kalau tak dapat tidur yang cukup? Jangan pandang ringan tentang tidur yang cukup ini. Sebenarnya tidak cukup tidur atau kurang tidur akan mempengaruhi pelbagai aspek baik dari segi kesihatan, keselamatan, dan juga jodoh.

Tidak cukup tidur bukan sahaja mendedahkan kepada penyakit yang berisiko tinggi seperti penyakit hati, serangan jantung, kegagalan untuk berfungsi, darah tinggi, strok dan kencing manis. Tetapi, tidak dapat tidur yang cukup boleh menyebabkan susah dapat jodoh.

Apa kaitan jodoh dengan tidur yang cukup pula kan? Sebenarnya apabila kita tidak mendapat tidur yang cukup ia membuatkan kita cepat keletihan dan emosi tidak stabil.

Sebuah kajian di Stockholm University yang diketuai oleh John Axelsson, PhD melibatkan 25 orang lelaki dewasa yang dikategorikan sihat.

Semua lelaki yang menjadi bahan ujikaji ini diambil gambar sebanyak 2 kali. Pengambilan pertama gambar dilakukan setelah mereka mendapat tidur yang cukup selama 7-8 jam dan pengambilan gambar kedua dilakukan setelah mereka mendapat tidur yang tidak cukup selama 4 jam.

Gambar-gambar tersebut kemudiannya ditunjukkan kepada 40 wanita yang tidak pernah mengenal semua lelaki yang diuji. Semua wanita ini juga menjadi juri yang menilai gambar mana yang lebih menarik dan mana yang tidak menarik.

Hasil seperti yang dinyatakan, gambar-gambar lelaki yang hanya tidur 4 jam kebanyakkan masuk dalam kategori tidak menarik. Sebahagian besar atau hampir semua gambar masuk dalam kategori menarik adalah gambar-gambar diambil setelah lelaki dapat tidur yang cukup 7-8 jam.

“Salah satu faktor adalah orang yang mengantuk atau tidak mendapat tidur yang cukup akan kelihatan tidak menarik. Dan kerana daya penarik adalah pemicu awal dari perilaku seksual, maka wanita cenderung akan menjauhi mereka yang mengantuk,” kata Dr Azelsson.

Mungkin selepas ini mana-mana lelaki yang susah dapat jodoh perlu mendapatkan tidur yang cukup supaya penampilan lebih menarik dan dapat menarik perhatian wanita. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *