Louis Vuitton Turut Keluarkan Jam Tangan Pintar Berasaskan Android Wear

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa jenama fesyen terkemuka hadir dengan jam tangan pintar Android Wear tersendiri, termasuk Tag Heuer, Michael Kors, Montblanc dan banyak lagi.

Kini, Louis Vuitton turut menyertai arena berkenaan melalui jam tangan pintar terbaru mereka yang dinamakan Louis Vuitton Tambour Horizon.

Jam tangan pintar ini hadir dengan rekaan skrin bulan, serta dilengkapi sistem operasi Android Wear 2.0. Oa turut dilengkapi cip Snapdragon 2100, bateri berkapasiti 300mAh, memori 512MB RAM, dan storan 4GB.

Louis Vuitton lebih memasarkan ia kepada peminat fesyen berbanding kepada peminat teknologi – maka tiada ciri tambahan seperti sensor nadi dan sebagainya.

Louis Vuitton turut menyertakan beberapa wajah jam berbeza pada jam tangan pintar ini, selain beberapa aplikasi untuk memudahkan anda ketika bercuti atau menjelajah ke negara atau bandar luar.

Buat masa ini, jam tangan pintar ini dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja, pada harga bermula $2450 (~RM10,528). – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *