MAAC bantah cadangan Ceupacs untuk naikkan gaji penjawat awam

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar gaji penjawat awam serta pencen pesara dinaikkan dua hingga tiga peratus dalam Bajet 2018 adalah munasabah.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin berkata cadangan itu baik untuk membantu penjawat awam khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

“Kos kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini memberikan tekanan kepadapenjawat awam. Ada dalamkalanganmasyarakat melihat penjawat awamsebagaikumpulan yang bernasib baik kerana bekerja dengan kerajaan.

“Namun, perbezaan dahulu dan sekarang ialah tekanan kini adalah berorientasikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) bagi setiap penjawat awam. Maka, bagi memastikan penjawat awam sentiasa gembira dan bersemangat bertugas, maka kebajikan serta keperluan mereka sewajarnya diberikan perhatian,” katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda pada 20 Jun lalu dipetik sebagai mencadangkan kerajaan mengkaji insentif kenaikan dua peratus untuk pencen pesara kerajaan serta tiga peratus bagi mereka yang sedang berkhidmat dalam Bajet2018.

“Semoga sebarang insentif dan penghargaan serta pemberian kerajaan tersebut akan dapat memotivasikan penjawat awam untuk lebih patriotik dan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti serta berimpak tinggi terhadap kemakmuran dan keharmonian rakyat serta negara,” kata Mohd. Idrus. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *