Mahathir mahu jadikan Mat Sabu sebagai Perdana Menteri. #SatuKapalTigaNakhoda

17/7/2017– Inilah sikap bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang gemar bercakap berlandaskan nafsu jahat sahaja. Mahathir kalau cakap pasal apa pun, mesti cakap tak serupa bikin punya. Hari ini cakap lain, esok mesti cakap lain.

Jadi, tidak menghairankanlah bila bekas perdana menteri keempat itu digelar sebagai “Kaki Putar Belit”. Ini kerana sudah macam-macam beliau memutar belit cerita untuk menutup salahlaku beliau yang terdedah dan didedahkan. Inilah cara Mahathir yang tidak pernah mengakui kesalahannya.

Sejak keluar parti kerana kepentingan peribadi tidak ditunaikan, bekas perdana menteri keempat itu menjadi pengkritik lantang yang mengkritik kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa sahaja yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Najib kepada rakyat dan negara, pasti akan dikritik dan diburuk-burukkan dalam usaha untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan pemimpin negara yang telah banyak membawa kejayaan besar kepada negara.

Mahathir semalam kononnnya memohon maaf dan mengulangi rasa kesalnya kerana pernah menyokong pelantikan Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Saya silap, saya sepatutnya angkat Mat Sabu jadi PM,” kata bekas perdana menteri itu, merujuk Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu.

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu mendakwa beliau kononnya rasa “tertipu” dan berkata Najib tidak mewarisi sifat bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang dikenali sebagai ikon “bapa pembangunan” yang mempelopori rancangan Felda.

“Apa yang berlaku sekarang, saham Felda Global Venture (FGV) dah jatuh harga. Kononnya orang Felda akan jadi jutawan, sebaliknya hari ini peneroka tahu ia satu pembohongan.

“Tidak sepatutnya Felda rugi sebab dunia tahu Malaysia sebuah negara yang dapat keuntungan besar dari industri kelapa sawit. Entah macam mana peneroka alami kerugian dan berdepan hutang yang besar,” dakwanya.

Najib Razak dilantik perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Mahathir bersara daripada Kabinet pada 2003, dan memilih Abdullah penggantinya. Bagaimanapun, Abdullah ditentang Mahathir kerana dituduh menyebabkan prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Pokok pangkalnya, hati-hati dengan muslihat Mahathir, kerana pendiriannya boleh berubah-ubah. Selagi beliau tidak dapat apa yang dihajati, selagi itu bekas perdana menteri keempat itu akan bermuka-muka.

Sejarah telah membuktikan, dahulu bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun itu tidak pernah bersetuju dengan parti rasis DAP dan Lim Kit Siang yang digelarnya “bapa rasis” tetapi hari ini boleh pula berkawan dan berdiri di atas satu pentas yang sama. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *