Mahathir mudah lupa bila buat fitnah terhadap pemimpin negara.

Walaupun di hari Raya Aidilfitri, pemimpin Pakatan Harapan masih lagi tak jemu untuk mengamalkan politik jijik dan melakukan kecaman terhadap pemimpin kerajaan.

Di hari yang sepatutnya Umat Islam meraikan kemenangan menentang hawa nafsu dan juga kemenangan didalam memaksimakan ibadah di bulan Ramadhan, Mahathir nampaknya lebih suka untuk melontarkan fitnah dan kecaman terhadap Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak.

Dalam tulisan terbarunya, Mahathir menuduh Najib dan Kerajaan Malaysia menghalang pelajar Malaysia untuk berjumpa dengan pembangkang. Bahkan, Mahathir juga turut menuduh Najib menakut-nakutkan pelajar Malaysia di luar negara.

Perbuatan Mahathir ini bolehlah disifatkan sebagai satu tindakan terdesak untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia. Jika sekadar tuduhan sebegitu, mentaliti Mahathir kini tak ubah seperti RedBean Army yang diupah oleh DAP didalam memburukkan negara.

Jika benar tuduhan Mahathir, mana bukti untuk menyokong kenyataan beliau bahawa pelajar di London itu amat takut untuk berjumpa dengannya? Mahathir sudah tentu mempunyai telefon bimbit berkamera untuk merakamkan video ketakutan para pelajar yang kononnya ditindas itu.

Tanpa bukti dan sokongan, fitnah yang Mahathir bawa hanyalah satu lagi kejelikan permainan politik kotor pembangkang. Mungkin Mahathir boleh menipu rakyat yang bodoh seperti penyokong-penyokong Pakatan, tetapi rakyat yang cerdik sudah boleh membezakan fitnah yang semakin sinonim dengan beliau.

Sebenarnya Mahathir tak perlu maafkan Najib mahupun pemimpin-pemimpin negara yang lain.., tetapi dialah yang harus datang memohon maaf kepada Najib dan Rosmah serta seluruh umat melayu kerana menghuru harakan negara ini!

 

Saya berada di London untuk beraya bersama anak dan cucu. Mereka tidak dapat balik untuk beraya di K.L.

Untuk sembahyang Raya, saya ke masjid baru di Acton. Masjid ini bukan milik kerajaan tetapi oleh NGO. Keadaan amat selesa. Dewan sembahyang dipenuhi 90% oleh orang Melayu Malaysia, kebanyakannya penuntut.

Imam yang mengimamkan sembahyang dan berkhutbah adalah seorang orang Melayu Singapura yang tinggal di London sejak tujuh tahun dahulu. Khutbahnya amat baik, menyeru kepada kehidupan orang Islam seperti yang dikehendaki agama Islam – iaitu berbaik-baik sesama orang Islam dan juga dengan bukan Islam.

Lepas sembahyang ada sedikit jamuan kuih-muih, lemang dan serunding. Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut. Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra.

Saya diberitahu kemudian bahawa mereka dimarah oleh Kerajaan Malaysia (tidak diberitahu siapa) kerana berada di tempat yang saya berada. Sebenarnya tidak ada penuntut yang berjumpa saya di masa-masa lain pun. Mereka takut biasiswa mereka ditarik balik. Demikian sifat Najib.

Najib nampak amat takut saya mempengaruhi penuntut. Sebenarnya saya diberitahu bahawa penuntut atau bukan penuntut di mana-mana sahaja amat benci kepada Najib kerana sebab-sebab yang diketahui umum.

Di zaman dahulu, parti lawan bebas berjumpa dengan penuntut di mana-mana sahaja. Mereka dapat mendengar syarahan pemimpin parti lawan, bahkan menubuh kelab-kelab parti lawan. Tetapi sekarang mereka tidak lagi bebas, terutama jika melibatkan saya.

Hari Raya adalah hari istimewa. Bagi umat Islam kita perlu sembahyang bersama, berslam-salaman, memohon maaf zahir dan batin, bermesra. Najib mungkin tidak faham ini.

Saya diberitahu rumah terbuka Najib meriah dan ada hibur-hiburan. Alhamdulillah. Saya ucap Selamat Hari Raya kepada Najib dan keluarganya serta penyokong-penyokongnya. Tanpa dipinta, saya maafkan mereka-mereka yang sepanjang tahun memfitnah saya khususnya TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times, Salleh Said Keruak, Tunku Aziz, Annuar Musa dan beberapa lagi.- Blog Chedet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *