Mana bukti Mahathir bila tuduh kerajaan larang pelajar Malaysia jumpa?

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta mengemukakan bukti pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dilarang bertemu dengan pemimpin pembangkang.

Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hasan berkata, sekiranya Tun M gagal mengemukakan bukti, bekas Perdana Menteri itu beliau tidak wajar memperbesarkan isu berkenaan.

“Kalau Tun M ada bukit saya alu-alukan, saya mungkin tidak bersetuju jika tindakan itu diambil oleh Kerajaan BN sebab kita ini rakyat Malaysia, patut bersikap terbuka.

“Kalau tiada bukti saya cadangkan ianya tidak diperbesarkan,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun M ada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang didakwa diugut akan ditarik balik biasiswa yang ditaja oleh agensi atau kerajaan Malaysia.

Tindakan itu didakwa dilakukan Kerajaan BN susulan selepas pelajar luar negara melakukan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Mengulas lanjut, Wan Md. Hazlin menegaskan larangan itu tidak pernah berlaku ketika beliau dan rakan-rakannya melanjutkan pelajar di luar negara sebelum ini.

“Pada zaman saya, kami terbuka berjumpa dengan mana-mana pemimpin termasuk pemimpin BN dan pembangkang

“Kita tidak pernah dihalang, berjumpa dengan pemimpin pembangkang supaya boleh beri penilaian atau menilai sendiri kualiti pemimpin pembangkang,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *