Mangsa Kemalangan Ini Cerita Pengalaman Sendiri & Dedahkan Betapa Pentingnya Car Seat Untuk Anak!

Malang tak berbau jadi kita kena berusaha ‘sediakan payung sebelum hujan’ dalam semua situasi. Dalam kes cerita kali ini, car seat untuk ana kecil. Ya, masih ramai yang memilih untuk pegang anak sendiri walau tahu itu akan membahayakan anak. Untuk kesedaran bersama, jom baca perkongsian daripada salah seorang mangsa kemalangan iaitu Puan Fatihah Sallehuddin sendiri…

Kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan masa nak balik rumah dari Batu Pahat dekat highway pasir gudang. Ni masa habis cuti raya haritu.

DI SINI AKU NAK TEKANKAN KEPENTINGAN CAR SEAT

Accident melibatkan tiga buah kereta. Kereta kami yang last. Langgar viva.

Impak seperti dalam gambar.

Masa tu husband memang tak drive laju pun tapi kesan dia teruk jugak.

Alhamdulillah tak de siapa cedera.

Cuma faqih tercampak ke bawah sebab dia tidur atas seat kereta.

Ralatnya rasa tak bawak car seat faqih due to kotor sebab aiskrim terjatuh dan tak sempat cuci.

Lepas je impak tu,terus angkat faqih and check dia.

Syifa memang dalam seat dia. Dan tengok apa jadi dekat Syifa.

Point pertama, pastikan anak-anak anda duduk di car seat yang sesuai. Tak semestinya kena beli yang mahal.

Poin kedua, SEAT BELT tu wajib dipakai. Duduk kat car seat tapi tak pakai belt pun tak guna. Mak bapak pun kena pakai seat belt jugak!

Poin ketiga, pastikan car seat dipasang mengikut arahan. Sebagai contoh,kalau baby kena pandang belakang selagi tak cukup berat, jangan gatal nak pasang seat menghala ke depan. Ada sebabnya semua tu.

Poin keempat, abaikan mulut mulut yang bising pasal seat. Apa-apa jadi,anak kita yang tanggung. Kita yang susah hati. Orang yang bising-bising tu? Tidur dengan senang hati.

Poin kelima, tolong sebarkan kes kami ni sebagai pengajaran. Bagi kat laki atau bini masing-masing yang rasa car seat tu tak penting.

Alhamdulillah syifa selamat dan lena dalam seat. Berdetik pun tidak. Boleh bayangkan tak kalau syifa dipangku?

Boleh bayangkan apa yang boleh berlaku dengan impact tu?

Bukan nak kata car seat jadikan manusia tu tak cedera tapi sekurang-kurangnya kita usaha. – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *