“Membazir Makeup Nanti Kalau Asyik Wudhu..”

12/07/2017 – Wanita dan make up memang tidak boleh dipisahkan. Malah, ada yang tak sanggup keluar berjumpa dengan orang ramai jika tidak makeup, bagi mereka makeup membuatkan meraka kelihatan lebih segar dan cantik. Ada sesetengah wanita lebih selesa dengan makeup tebal dan ada juga lebih selesa tidak bersolek.

Sebenarnya makeup ini bukanlah perkara yang mudah, ia mengambil masa yang lama untuk sekali makeup dan jangan terkejut ada yang makeup mengambil masa sehingga 1 jam.

Disebabkan ini juga ada wanita yang meninggalkan solat sebab tidak mahu menanggalkan makeup. Itulah yang berlaku pada wanita ini yang suatu ketika dahulu rajin solat disebabkan dia pandai makeup dia sudah mula tinggal solat. Alasan yang diberikan kenapa tidak solat adalah kerana membazir makeup kerana perlu ambik wudhu. Semoga ianya menjadi iktibar kepada semua terutamnya kaum wanita.

“Aku bukan tak suka perempuan makeup tapi, aku ada 1 kisah pasal kawan yang berubah kerana makeup dan ini memang cerita benar. Memandangkan aku ini tak ramai kawan, dan dia pun jenis mulut banyak ada dia tegur aku sekali, dua.

“Aku kenal dia ini masa sekolah rendah. Darjah 5 macam itu. Tapi dia ini jenis suka mengutuk orang dengan panggilan kasar seperti panggilan orang gemuk, pendek, bodoh, hitam dan lain-lain lagi. Sebab itu aku tak suka sangat dengan dia

“Bila umur 18, aku dapat tahu dia masuk form 6 dan dikatakan dia gila makeup. Makeup dia memang tebal dan muka jadi glowing berkilat macam kepala orang botak. Dia juga dah mula cukur kening dan bagi cantik kononnya.

“Bila dah gila makeup dia yang dulu rajin solat dah mula tinggal solat. Dia kata ‘membazir makeup nanti kalau asyik wudhu, nak pakai lagi dan lagi’. Nak makeup cantikkan muka itu tak apa. Kalau boleh cantikkanlah akhlak itu sekali sebab benda itu lagi penting,” tulisnya.

Janganlah disebabkan mengejar dunia dan kelihatan cantik di dunia manusia sanggup meninggalkan suruhan Allah. Kalau rasa membazir tanggalkan makeup untuk ambil wudhu tak perlulah pakai makeup tebal-tebal sangat, sekadar sapu bedak bayi sahaja pada muka. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *