Mimpi Ngeri Ong Kim Swee telah bermula.

JURULATIH skuad muda negara, Datuk Ong Kim Swee yang dalam persiapan membentuk pasukan mantap bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos nanti berdepan mimpi ngeri.

Ini kerana hanya enam daripada 26 pemain yang dipanggil melapor diri di Hotel Glenmarie, Shah Alam semalam.

Biarpun wajah Kim Swee menunjukkan reaksi sugul kerana 20 lagi pemain tidak menunjukkan muka, beliau tetap optimis untuk meneruskan sesi latihan dan berharap pasukan-pasukan Liga Malaysia dapat melepaskan mereka demi kepentingan negara.

Pengendali yang berasal dari Melaka itu turut mengakui kehadiran bilangan pemain yang kecil itu adalah lebih ngeri berbanding pengalamannya menaiki kereta perisai milik Indonesia, Barracuda pada Sukan SEA 2011 di Jakarta ekoran ancaman penyokong tuan rumah.

“Saya lebih rela menaiki Barracuda bersama pasukan dan memenangi (layak) pusingan akhir kelayakan Piala AFC B-23 berbanding situasi ini (hanya enam pemain melaporkan diri),” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *