Mosul di isytihar bebas dari cengkaman Militan Daesh

MOSUL: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, mengisytiharkan kejayaan di bandar yang baru dibebaskan di sini hari ini, kata pejabatnya selepas tentangan hampir sembilan bulan menyingkirkan militan Daesh.

“Abadi tiba di bandar bebas Mosul dan mengucapkan tahniah kepada wira pejuang serta rakyat Iraq atas kejayaan besar itu,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Gambar di akaun rasmi Twitter Abadi menunjukkan beliau berpakaian seragam hitam tentera dan topi ketika tiba di sini untuk mengumumkan penawanan semula bandar berkenaan.

Pertempuran kelihatan belum berakhir, dengan tembakan masih kedengaran dan serangan udara mengenai bandar ketika pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan.

Tentera Iraq melancarkan operasi Mosul Oktober lalu, kali pertama mara ke bandar itu dengan mengambil alih bahagian timur dan menyerang bahagian barat.

Pertempuran itu memberi kesan hebat ke atas orang awam, memaksa lebih 900,000 melarikan diri dari rumah, hanya sebilangan kecil kembali, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *