MRT SBK & Seoul Line 9 – Putar Belit Rafizi dan Nurul Izzah

1) YB Rafizi Ramli sebelum ini mempersoal kos pembinaan MRT sebanyak RM21 bilion (53 km) adalah jauh lebih mahal dari pembinaan Seoul Subway Line 9 (27 km). Hari ini, YB Nurul Izzah mengulangi dakwaan sama. Dakwaan mereka, USD123 juta bagi setiap km MRT jauh lebih tinggi berbanding USD43 juta setiap km bagi Line 9.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/rafizi-mrt-already-costs-double-spain-south-korea-projects
https://www.malaysiakini.com/news/388799

2) Ini adalah laporan media Korea Selatan; “MKIF invested just 663.1 billion won (US$595 million) of the 3,568.8 billion won (US$3.2 billion) in total construction costs for Line 9”.

http://www.hani.co.kr/arti/english_edition/e_international/598812.html

3) Persoalannya, dari mana sumber yang digunakan Rafizi dan Nurul Izzah? Sedangkan dalam laporan media Korea Selatan jelas menunjukkan angka yang berbeza. Sebagai rekod, Line 9 dibina mengikut fasa. Fasa 1 adalah 25.5 km manakala panjang keseluruhan Line 9 ketika ini adalah 32 km. Ini bermakna kos setiap km Line 9 sepanjang 32km adalah USD100 juta (USD3.2b/32).

http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2009/07/113_48773.html

4) Pembinaan Fasa 1 Line 9 (27 km) adalah pada tahun 2002 dan hanya siap serta mula beroperasi pada tahun 2009 (7 tahun pembinaan). Fasa 2 siap dan mula beroperasi pada tahun 2015. Manakala MRT (51 km) hanya bermula pembinaannya pada tahun 2011 dan siap pada tahun 2017 bersamaan 6 tahun pembinaan. Sudahlah salah tentang kos keseluruhan, di sini pula Rafizi dan Izzah sekali lagi salah apabila gagal mengambil kira kadar inflasi matawang antara tahun 2002 dan 2011.

Line 9: http://www.railwaygazette.com/news/single-view/view/seoul-line-9-is-now-open.html
MRT: http://www.mymrt.com.my/my/sbk/the-mrt-sungai-buloh-kajang-line

5) Kos keseluruhan RM 21b bagi MRT adalah termasuk pembelian 58 set tren Siemens Inspiro keluaran Siemens Transportation Systems dari German. Bagi Line 9, kos tersebut adalah bagi 36 set tren 9000-series EMU keluaran Hyundai. Sekali lagi, Rafizi dan Nurul Izzah gagal untuk mengambil kira faktor Hyundai yang merupakan syarikat tempatan Korea Selatan yang sudah tentu kos pembuatan dan pemindahan tren siap adalah lebih murah berbanding MRT yang perlu mengimport tren tersebut.

MRT: http://www.mymrt.com.my/my/ssp/project-info/technical-info
Line 9: https://en.wikipedia.org/wiki/Seoul_Metropolitan_Subway_rolling_stock

6) Kedua-dua projek ini menggunakan Automatic Train Operation (ATO) iaitu tren automatik tanpa pemandu tetapi yang membezakan kedua-duanya adalah gred automatik tersebut (piawaian IEC 62290‐1). MRT menggunapakai Grade of Automation 4 (GoA4) iaitu fully automated tanpa pengendali bagi kawalan keselamatan dan operasi dalam gerabak. Manakala bagi tren Line 9 pula, grednya adalah GoA2 yang memerlukan pengendali bagi operasi membuka pintu serta pengendalian sewaktu kecemasan. Tren Line 9 juga tidak boleh beroperasi tanpa pengendali.

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_automated_urban_metro_subway_systems

7) Tindakan Rafizi dan Nurul Izzah yang membuat dakwaan dengan memetik sumber yang entah dari mana adalah sangat tidak bertanggungjawab. Malah mereka berdua yang sengaja tidak mengambilkira aspek teknikal dan kos berkaitan lain juga jelas berniat untuk memburukkan nama kerajaan dengan menaikkan kemarahan rakyat.

8) Buat YB Rafizi dan YB Nurul Izzah, “tak penat ke hari-hari menipu?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *