Mukhriz Sahkan Komplot Mahathir Dan Muhyiddin Yang Mahu Jatuhkan PM Najib Razak

Oleh Lim Sian See

Mukhriz mengesahkan Mahathir dan Muhyiddin telah berkomplot secara senyap-senyap sejak 2014 untuk menyingkir Najib.

Hari ini, Mukhriz memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam rancangan untuk menggulingkan Najib sejak sekurang-kurangnya pada tahun 2014, tetapi menolak dakwaan bahawa ini adalah “konspirasi”.

Adakah Mukhriz tahu apa yang dimaksudkan dengan konspirasi? Anda bertindak secara tersembunyi, kelihatan mesra dan bersemangat di khalayak ramai tetapi pada masa yang sama mensabotaj, membuat rancangan dan menikam dari belakang secara tersembunyi.

Itu bukan satu konspirasi? DUH Boboi.

Saya telah bercakap tentang ini selama bertahun-tahun dan sentiasa mengatakan bahawa serangan Mahathir dan Muhyiddin terhadap Najib tidak ada kaitan dengan 1MDB atau Malaysia akan muflis atau apa-apa yang orang-orang berbahaya ini tuduh sekarang.

Semuanya bermula selepas pilihan raya UMNO di mana Mukhriz kalah tipis dan Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anaknya.

“Dana presiden” terkenal pada Mahathir dan Muhyiddin dan kemungkinan kedua-duanya juga menerima wang dari sini untuk berkempen untuk PRU13.

Inilah sebabnya kenapa pada Jun 2014, Muhyiddin secara mengejut telah mengundi TIDAK BERSETUJU untuk mengadakan pemilihan parti walaupun sebelum ini sangat bersetuju untuk mengadakannya.

Beliau mungkin menyangka bahawa Najib sudah hampir digulingkan jadi Muhyiddin dapat menjadi Presiden tanpa harus bertanding menentang Zahid – lawan yang mana akan menyebabkan Muhyiddin yang tidak berkarisma itu kalah.

Mereka tahu bahawa WSJ akan menerbitkan butiran RM2.6 bilion itu HANYA SATU MINGGU KEMUDIAN selepas bersetuju untuk menangguhkan pilihan raya parti kerana MEREKA adalah orang yang mengaturkan untuk membocorkannya kepada media antarabangsa – walaupun mengetahui bahawa wang tersebut akan digunakan untuk tujuan parti dan bukan untuk memasuki poket Najib.

Mereka juga adalah orang-orang yang mendapatkan macai mereka, Khairuddin dan Matthias untuk pergi ke seluruh dunia dan membuat laporan.

Orang-orang ini adalah orang yang sangat berbahaya dan tidak mempunyai masalah untuk memusnahkan reputasi Malaysia, mensabotaj ekonomi kita, bekerjasama dengan kuasa asing, menggunakan kerjasama jentera kerajaan dalaman – semua dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan merebut kuasa.

Dan seperti yang ditulis Mahathir dalam blognya hari ini, orang-orang ini akan melakukan pusingan U sebanyak yang mereka perlukan hanya untuk mendapatkan sokongan dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa tetapi mereka TIDAK percaya pada pusingan U mereka. Mereka sememangnya bukan orang yang ikhlas.

Orang-orang ini mesti dihapuskan selama-lamanya dari senario politik kerana mereka tidak boleh dipercayai dan tidak mempedulikan orang lain kecuali diri mereka dan ego mereka sahaja.

Mereka tidak peduli jika reputasi atau ekonomi Malaysia rosak akibat konspirasi mereka dengan kuasa dan media antarabangsa.

Reputasi negara, masa depan dan kebajikan rakyat bukanlah keutamaan mereka.

Matlamat peribadi dan ego mereka adalah yang paling penting bagi mereka.

KITA MESTI MENGHALANG DAN MENOLAK ORANG-ORANG KAYA LICIK YANG TAMAK DAN SUKA MENIKAM BELAKANG INI SEHABIS-HABISNYA.

Dan semua orang-orang Cap Bunga yang ditipu itu kini sedar mereka telah digunakan untuk kepentingan peribadi mereka selama ini.

Perjuangan? Tolonglah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *